HUDA Pencetus Gerakan Kembalikan UMNO Pada Akarnya, Perkasa Kedudukan Parti – Dr Asyraf

BENTONG, 20 Nov – Majlis Himpunan Ulama Dan Agamawan (HUDA) merupakan salah satu gerakan untuk mengembalikan semula kekuatan di samping memperkasakan semula kedudukan UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebenarnya tidak ada parti yang mampu dan terbukti membangunkan Islam selama ini kecuali UMNO.

“Sebenarnya tidak ada parti yang mampu dan terbukti berjaya membangunkan Islam di tanah air kita. Kita harus menzahirkan ucapan terima kasih kepada presiden kerana beliau sendiri yang mencetuskan idea untuk menubukan Majlis Ulama dengan satu wawasan bagi memperkukuhkan UMNO.

“Tidak ada cara melainkan kembali kepada akar perjuangan. Kita tidak boleh terpisah daripada agenda Islam, sejak awal penubuhan lagi.

“Kita kalah kali kedua, kali pertama pada 2018 dan kesannya Allah telah menunjukkan bagaimana Islam mula diperkotak-katikkan,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup sempena HUDA 2023 di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), semalam.

Menurutnya, orang pertama yang mahu meratifikasikan ICERD adalah tokoh PPBM yang pada akhirnya dilihat mampu menggoyahkan kedudukan Melayu dan Islam.

“Hakikatnya org pertama yang mahu ratifikasi ICERD adalah tokoh dalam PPBM iaitu Saifuddin Abdullah. Beliau menyatakan komitmen untuk realisasikan manifesto yang salah satunya adalah meratifikasikan ICERD.

“Pada bulan Oktober Tun Mahathir berucap di United Nation General Assembly (UNGA) secara terbuka dan beri komitmen utk ratifikasi ICERD, statut rom serta lain-lain. Semua ini memberi kesan kepada kedudukan Islam.

“Saya mengadakan mesyuarat exco tergempar. Kalau kita tandatangan, mesti tunjukkan komitmen bahawa tiada perbezaan kaum mahupun agama. Sedikit demi sedikit akan menghakis kedudukan agama Islam dan orang Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya, pada ketika itu semua bersatu hati bagi mempertahankan maruah bangsa dan agama.

“Saya sebut, Pemuda perlu turun nyatakan sikap kita secara keras. Dalam tempoh lima hari kita berjaya kumpulkan 5,000 orang di Masjid Jamek dan berarak ke Sogo.

“Selepas selesai, saya angkat perkara tersebut ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan setuju diadakan perhimpunan 1 juta umat bersama Pas serta NGO.. digerakkan sepenuhnya oleh UMNO. Kita bersatu hati pertahan maruah Islam pada ketika itu.

“Sebab itu apabila kali kedua diuji. No dap, no Anwar, no bersatu. Kita masuk secara solo. Namun masih belum ada rezeki untuk menang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut yakin bahawa UMNO akan bangkit semula dan kembali kepada akal perjuangan asal.

“Sebagai mana kita hari ini, semangat itulah kita cari. Kita mampu bangkit semula dengan syarat kembali kepada akal perjuangan. Sebab itu kita kalah Kali kedua, ini merupakan isyarat Allah sayangkan kita.

“HUDA adalah pencetus kepada gerakan mengembalikan UMNO kepada akarnya. Perkara ini semua tidak boleh dihentikan sekadar ini sahaja.

“Apa yang kita laksanakan ini mesti kita kongsikan dengan akar umbi. Kalau tidak orang UMNO tidak mempunyai satu keyakinan bahawa parti ini wajib kita pertahankan demi Islam sebab itulah kita mempelopori dan melaksanakan agenda Islam ini,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.