Sokongan Ahli Parlimen PN Kepada PM: Bincang Segera Kelompongan Akta Lompat Parti – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berharap transformasi institusi Parlimen untuk segera diterjemahkan demi keutuhan badan legislatif yang lebih kemas dan dihormati.

Menurut beliau ianya terutama membabitkan kelompongan akta lompat parti.

“Saya mohon agar senario kegelabahan ini dihentikan dengan serta merta. Ahli-ahli Parlimen, tidak kira dari blok pembangkang ataupun kerajaan kena kembali ke meja rundingan.

“Bincang dengan segera kelompongan akta lompat parti,” katanya menerusi satu hantaran Facebook.

Katanya lagi, perbincangan membabitkan isu peruntukkan kepada ahli-ahli Parlimen juga harus diperincikan bagi memastikan manfaat tersebut diperolehi rakyat.

Jelas Shaiful ianya bagi memastikan ahli-ahli Parlimen pembangkang tidak menggunakan alasan murahan untuk kepentingan mereka.

“Saya juga sangat berharap agar isu peruntukan Perdana Menteri kepada ahli-ahli parlimen juga perlu segera dimuktamadkan, kenapa tak nak berbincang dengan lebih lanjut?

“Dengar dulu cadangan wakil kerajaan daripada terus melompat-lompat dan lontar kata-kata kesat dan pada masa yang sama membuat aksi play victim” murahan.

“Jangan sombong dan bongkak, kena terbuka melihat segala pilihan yang diberikan,” ujar beliau.

Terdahulu, beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri iaitu Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Zahari Kechik (Jeli) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).

Rata-rata daripada mereka menyatakan sokongan tersebut bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di kawasan terbela serta pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.