Pimpinan Cawangan UMNO Jelebu Buat Laporan Polis, Dakwaan Ceroboh Tanah

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Pimpinan dan ahli UMNO bahagian Jelebu telah membuat laporan polis berkaitan tanah milik UMNO bahagian berkenaan yang didakwa telah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menerusi laporan polis yang dihantar kepada UMNO-Online semalam, tanah berkenaan yang terletak di Pekan Kuala Klawang telah didirikan bangunan sejak sekian lama oleh pihak tertentu dan tindakan tersebut mengundang seribu satu persoalan.

Laporan polis tersebut antaranya telah dibuat oleh Datuk Zainal Abidin Ahmad yang merupakan penduduk serta ahli UMNO cawangan Felda Lui Barat. Beberapa ahli UMNO cawangan yang lain turut mengambil pendekatan sama dengan membuat laporan polis berkaitan isu tersebut.

Berdasarkan kepada laporan polis tersebut, mereka mendakwa tanah milik UMNO bahagian Jelebu telah diceroboh sejak sekian lama dan pada kali ini ahli-ahli serta pimpinan cawangan telah mengambil pendekatan undang-undang bagi menyelesaikan perkara tersebut.

UMNO-Online turut difahamkan pada petang semalam ahli-ahli UMNO serta pimpinan cawangan UMNO bahagian Jelebu membuat laporan polis berkaitan isu tersebut di balai polis berhampiran. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.