Terus Berjuang Demi Parti Keramat UMNO – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 7 Nov – “Terus berjuang demi parti keramat UMNO,” demikian pesan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki seusai mengadakan sesi Penerangan bersama-sama Biro Politik UMNO Bahagian-bahagian Negeri Perlis semalam.

Beliau mengambil kesempatan mengadakan pertemuan terbabit selepas Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA-Petronas (PUMP) yang diadakan di Kangar.

“Seusai program keusahawanan di Kangar, Perlis, sempat meluangkan masa makan tengahari dan sesi penerangan bersama rakan-rakan Biro Politik UMNO bahagian-bahagian Negeri Perlis.

“Terima kasih YBhg. Datuk Rozabil Abd. Rahman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis serta barisan kepimpinan yang sudi menerima kehadiran saya. Semoga ukhuwah kita berkekalan dan terus berjuang demi parti keramat UMNO ini,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya.

Dalam kesempatan terbabit, Dr Asyraf yang juga Pengerusi Mara telah berkunjung ke MRSM Arau, Perlis.

“Kemudian ke MRSM Arau, Perlis meluangkan masa bersama ahli keluarga besar warga MARA Negeri Perlis dalam sesi libat urus dan sempat bertukar-tukar pendapat mengenai institusi MARA dan hala tuju di bawh Majlis MARA yang baharu.

“MARA sentiasa komited dalam memperjuangkan mandat membangunkan pendidikan, keusahawanan dan ekonomi pelaburan bumiputera. Insya-Allah, warga MARA akan terus menabur bakti demi membangunkan anak bangsa Malaysia,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.