Program Sentuhan Kasih UMNO Labuan, Inisiatif Pastikan Khidmat Bakti Untuk Semua

LABUAN, 7 Nov – Sentuhan Kasih UMNO Labuan menjadi aplikasi baharu kepada bahagian terbabit dalam memastikan perjuangan parti terus bersemarak dulu, kini dan selamanya.

Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan memaklumkan bahawa program sentuhan kasih tersebut diwujudkan khusus bagi membantu ahli-ahli veteran UMNO yang ditimpa kesusahan dan memerlukan bantuan.

“Program ini dikendalikan oleh Sekretariat Veteran UMNO Labuan khusus untuk menyalurkan bantuan kepada ahli-ahli veteran UMNO yang selama ini telah banyak menabur budi dan menyumbang kepada perjuangan parti ini.

“Ini adalah inisiatif UMNO Labuan dalam melaksanakan khidmat bakti kerana sememangnya UMNO ini adalah parti yang sentiasa dekat di hati rakyat,” katanya kepada UMNO Online.

Untuk pelaksanaan gerak kerja, kepimpinan UMNO Bahagian Labuan bersama-sama ahli jawatankuasa Sekretariat Veteran UMNO Labuan telah turun padang semalam iaitu di Kampung Gersik Sagoking dan Gersik Baru di sini.

Turut hadir semua kepimpinan UMNO empat peringkat dan Sekretariat Veteran UMNO Labuan yang dipengerusikan oleh Haji Abu Samah merangkap Ketua Pemuda UMNO Labuan yang pertama dahulu.

“Kehadiran rombongan kami disambut dengan gembira dan rasa terharu dari mereka sehingga ada yang menitis air mata kerana mereka merasakan kasih sayang parti keramat UMNO yang mempedulikan nasib mereka.

“Program ini adalah satu langkah yang terbaik untuk kepimpinan UMNO Labuan dapat menjejaki dan mendekati pejuang-pejuang lama yang dulu banyak membantu UMNO Labuan.

“Saya selaku Ketua UMNO Labuan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Haji Abu Samah, Pengerusi Veteran UMNO Labuan ahli jawatankuasanya atas usaha dan keprihatinan yang dilakukan kepada warga UMNO di sini.”

Mohd Rafi mengakui bahawa program tersebut turut menyentuh hatinya lantaran mengenangkan jasa mereka yang banyak berjuang untuk parti di Labuan khususnya.

“Mudah-mudahan program ini akan menjadi satu lagi inisiatif UMNO Labuan untuk menyuburkan parti dan terus dekat di hati rakyat selepas ini,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.