WHBC 2023 Di London, Platform Jaringan Strategik Pemain Industri – Ahmad Zahid

LONDON, 30 Okt – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa Persidangan Perniagaan Halal Dunia 2023 (WHBC 2023) merupakan platform dalam jaringan strategik pemain industri.

Katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, persidangan terbabit dapat membuka potensi perniagaan dan mencipta peluang pasaran yang bakal berkembang pantas.

“Persidangan ini merupakan satu platform yang berperanan sebagai jaringan strategik bagi para pemain dalam industri halal, menyediakan fasiliti jaringan perhubungan dan maklumat serta bertindak bagi membuka potensi perniagaan dan menciptakan peluang pasaran dalam sektor halal yang dilihat sebagai salah satu segmen perniagaan yang berkembang pantas ketika ini,” katanya menerusi rangkuman penganjuran WHBC 2023 menerusi laman Facebooknya.

Dalam hantaran terdahulu beliau memaklumkan aspirasinya untuk menjadikan komitmen negara dalam industri halal di peringkat antarabangsa.

Persidangan tersebut turut menyaksikan Ahmad Zahid mengumumkan kemudahan pembiayaan bernilai RM2.67 bilion untuk memperkukuh sektor halal secara khusus.

WHBC 2023 dianjurkan oleh Halal Development Corporation Bhd (HDC) dan dihoskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.telah berjaya dimuktamadkan, menandakan kemajuan ketara dalam industri Halal dan pengukuhan hubungan antarabangsa.

HDC dalam satu kenyataan berkata persidangan itu memupuk persekitaran untuk pertukaran pengetahuan, rangkaian, dan kerjasama strategik yang mempamerkan trend yang berkembang, peluang berpotensi dan cabaran kritikal dalam industri Halal.

WHBC 2023 turut mengeluarkan kenyataan yang memberangsangkan dengan memberi tumpuan kepada inisiatif Diplomasi Halal pada pembukaan acara dengan memberi tumpuan pada jangkauan diplomatik dalam industri Halal yang menggariskan peranannya sebagai pemangkin untuk kerjasama dan persefahaman silang budaya global. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.