Sertai Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin, Malam Esok


KUALA LUMPUR, 23 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin, di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil malam esok.

Perhimpunan tersebut diadakan sebagai tanda bersolidariti negara bersama rakyat Palestin.

“Ayuh seluruh rakyat Malaysia turun ke Axiata Arena, Bukit Jalil esok malam sebagai tanda solidariti kita bersama rakyat Palestin!” katanya dalam hantaran Facebook beliau, hari ini.

Perhimpunan tersebut dijadualkan bermula pukul 7.30 malam dan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah.

Khalayak yang hadir dalam himpunan tersebut digalakkan memakai baju berwarna putih. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.