Kerajaan Perpaduan Akan Terus Pertahan Badan Kehakiman – PM

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan akan terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman negara walau apa jua pun.

Beliau juga menolak dakwaan bahawa cabang eksekutif mengganggu proses badan kehakiman.

“Tiada sekelumit kebenaran pun dalam dakwaan keji ini, yang kini diulang-ulang di media sosial.

“Biar saya ulang apa yang telah saya katakan sebelum ini, sebagai Perdana Menteri, saya bukan sahaja tidak mencampuri walau sedikit pun kuasa badan kehakiman, malah saya akan mempertahankan walau apa cara sekalipun, kebebasan badan kehakiman,” kata beliau pada Perhimpunan Agung Persatuan Undang-undang ASEAN (ALA) ke-14 di sini.

Beliau berkata dalam sejarah Malaysia terdapat individu dalam badan kehakiman yang bekerjasama dengan kuasa tertentu, melakukan pelanggaran terhadap institusinya sendiri dan membiarkan kezaliman dan tindakan sewenang-wenangnya di pihak yang lain. – Bernama

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.