Hala Tuju Bagi Pembaikan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Dibincang – Azalina

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan bahawa bahawa isu-isu berkaitan cadangan-cadangan penambahbaikan sistem pilihan raya sedang dibincangkan.

Katanya, ini termasuk perbelanjaan pilihan raya, siasatan lanjutan susulan sabitan kesalahan mahkamah pilihan raya, pengiklanan kempen dan lain-lain lagi.

“Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Perbincangan Hala Tuju bagi Pembaikan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] untuk membincangkan isu-isu berkaitan cadangan-cadangan penambahbaikan sistem pilihan raya.

“Ini termasuk perbelanjaan pilihan raya, siasatan lanjutan susualan sabitan kesalahan mahkamah pilihan raya, pengiklanan kempen dan lain-lain lagi.

“Saya berterima kasih kepada semua agensi kerajaan yang hadir, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, BERSIH, SUHAKAM, TINDAK, Transparency International, IDEAS, dan UNDI18 atas cadangan dan sumbangan mereka kepada perbincangan ini,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya, semalam. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.