PRK Parlimen Kemaman 2 Disember

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Disember depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut memaklumkan, tarikh penamaan calon pula pada 18 November ini, manakala undi awal ditetapkan pada 28 November 2023.

“Sejumlah 141,790 pemilih terlibat dengan peruntukan kos kira-kira sebanyak 3.5 juta,” katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK Parlimen Kemaman di sini hari ini.

PRK Parlimen Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu, membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili Pas setelah pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Rentetan itu, pada 3 Oktober lepas Pas memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen berkenaan. – UTUSAN

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.