Jelajah Akar Umbi: Ahmad Zahid Harap Kepimpinan UMNO Terus Berjiwa Besar, Jamin Suara Ahli

ALOR GAJAH, 16 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar para pimpinan UMNO Bahagian Alor Gajah akan terus berjiwa besar demi menjamin hak dan suara ahli-ahli parti.

Jelasnya, pertemuan penuh bermakna sempena Jelajah Akar Umbi Presiden semalam dipercaya dapat memperkukuh dan memperkuat parti keramat itu.

“Pertemuan yang penuh bermakna bagi memperkuat dan memperkukuhkan UMNO antara intipati terbesar parti dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara.

“Dalam penyatuan dan kesepaduan inilah diharapkan UMNO Bahagian Alor Gajah bersama kepimpinan bahagian terus berjiwa besar diringi semangat juang yang tinggi demi menjamin hak dan suara ahli-ahli UMNO yang benar-benar dipelihara dan dimartabatkan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO telah bermula pada 1 Oktober lalu di UMNO Bahagian Putrajaya seterusnya ke Bangi, Parit, Sabak Bernam, Tangga Batu dan Alor Gajah.

Jelajah ini akan diteruskan lagi pada 17 Oktober di Setiawangsa dan bahagian-bahagian selanjutnya yang akan ditentukan kelak.

Perjumpaan Presiden bersama para kepimpinan UMNO Bahagian-Bahagian ini membawa tujuan untuk menjelaskan isu-isu semasa di samping beramah mesra bersama para ahli.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyeru kepada seluruh ahli UMNO agar bangkit membina kekuatan parti dengan menggunakan segala kekuatan jentera yang ada. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.