UMNO Tidak Boleh Diam Diri Dengan Tohmahan Dibawa Pembangkang – Nizar

KUALA LUMPUR, 12 Okt – UMNO tidak hanya boleh berdiam diri dengan tohmahan dilakukan oleh pembangkang yang memainkan pelbagai sentimen dalam menarik sokongan rakyat, kata Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Beliau malah berpandangan bahawa tindakan berikut dilakukan Perikatan Nasional (PN) apabila cemburu dengan UMNO/Barisan Nasional (BN) yang ketika ini berada dalam kerajaan.

“UMNO tidak boleh berdiam diri dan melihat sahaja tetapi kena serang dengan pelbagai. Walaupun UMNO hanya ada 26 kerusi tapi kita dapat dari segi tatakelola yang cukup baik dengan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan akhirnya wujud Kerajaan Perpaduan.

“Sebenarnya PN tidak boleh cemburu kepada kita, sepatutnya hari tu dengan jumlah mereka yang kena tubuh kerajaan dengan PH (Pakatan Harapan), kita hanya 30 kerusi sahaja,” katanya.

Menurut Nizar lagi, sebaliknya ianya menunjukkan sisi kekuatan UMNO/Barisan Nasional (BN) yang memainkan peranan tersendiri di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi.

“Ini adalah kelebihan UMNO, di setiap dimensi pilihan raya sudah pasti akan diberi tempat ini aturan yang sudah pasti oleh Allah.

“Begitu juga dengan kawasan lain, kita bekerja seperti biasa dan sudah diketahui bahawa jentera pilihan raya yang terbaik adalah UMNO/BN,” ujar beliau.

Mengulas lanjut berkenaan gerak kerja di kawasan, beliau berkata ianya dilakukan seperti kelaziman dalam memberikan perkhidmatan terbaik buat penduduk di Parit.

Katanya, pelbagai segmen masyarakat terus didekati terutama anak muda bagi memastikan mereka bagi menyampaikan aspirasi UMNO dan menepis dakwaan tidak benar yang dibawa parti lawan.

“Kadang-kadang kita tidak sedar, walaupun sudah buat yang terbaik tetapi fitnah inilah yang telah membuat parti dan calon dalam sistem demokrasi kalah.

“Fitnah ini perlu untuk kita pastikan lawan, jangan buat diam perlu gunakan pendekatan media sosial kerana anak muda perlu didekati,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.