Kebimbangan Terhadap Perusahaan Mikro, Kecil Dan sederhana… Noraini Dapatkan Penjelasan Dalam Parlimen

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini bertanya berkenaan sejauh mana kemelesetan industri pembuatan di China memberi impak kepada (PMKS) di negara ini.

Beliau juga bertanya langkah kerajaan untuk mengurangkan kesan tersebut kepada pemain industri ini.

“Penganalisa ekonomi melihat dominasi China sebagai hub pembuatan semakin berkurang mungkin disebabkan kenaikan kos, populasi menua dan sabagainya.

“Sejauh mana kemelesetan hub pembuatan China ini memberi impak kepada PMKS? Dan sejauhnya kerajaan bercadang untuk mengurangkan impak ini bagi memastikan salah satu misi di bawah tumpuan raising the ceiling ekonomi madani iaitu sebagai jaguh PMKS serantau dapat dicapai mengikut sasaran,” katanya.

Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia bertanya demikian kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Rafizi ketika menjawab berkata impak yang berlaku di China sebagai hub perindustrian dunia memberi peluang yang baik untuk Malaysia.

Katanya ini kerana dengan keadaan geo-poliitk yang sedang berlaku di dunia banyak pelabur-pelabur ini mengambil jalan mengurang terdedah risiko geopolitik ini.

“Jadi kalau kita memberi tumpuan yang baik itu akan memboleh perolehan industri pembuatan yang kini banyak di China untuk mula melihat negara lain.

“Seperti di Vietnam contohnya sebab itu kita berharap dengan dasar yang baik akan dpat menarik lebih banyak industri untuk datang ke Malaysia dan beralih dari China ke negara kita,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.