Presiden Santuni UMNO Parit, Ramah Mesra Bersama Akar Umbi

PARIT, 7 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berbesar hati bersama akar umbi UMNO Bahagian Parit.

Pertemuan dalam Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO itu diadakan secara santai bagi memperkukuh perpaduan dalam kalangan anggota parti keramat ini ke arah menghadapi cabaran masa hadapan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya juga menyeru jentera parti untuk bersama dalam memperkukuh parti keramat bagi meneruskan perjuangan dalam membela nasib rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri turut sama mengambil kesempatan beramah mesra dengan akar umbi bahagian itu sambil bergambar sebagai kenangan.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria dan kepimpinan lain.

Parit merupakan destinasi kedua beliau dalam jelajah tersebut selepas UMNO Bahagian Putrajaya yang diadakan pada minggu lalu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.