Pas Tak Tanding Top 5: Kata Dulang Paku Serpih – Hasmuni

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Parti Islam SeMalaysia (Pas) telah mengumumkan keputusan tidak mempertandingkan lima jawatan tertinggi partinya dalam muktamar tahunan yang akan diadakan Oktober ini.

Menerusi satu kenyataan kepada UMNO Online, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Hasmuni Hassan menganggap Pas merupakan parti yang kuat mengkritik UMNO apabila tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO lalu.

“Pas antara parti yang kuat mengata dan mengkritik UMNO apabila UMNO tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2023 yang lalu? Ternyata Pas mengata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih,” katanya.

Tambah Hasmuni, berbagai alasan mereka berikan kononnya jawatan tersebut tidak dipertandingkan akan menyebabkan pergolakan dalam parti tersebut.

“Alasan mereka ialah Pas berada dalam kedudukan yang terbaik dan sekiranya jawatan tertinggi dalam parti itu dipertandingkan, ia akan menyebabkan pergolakan yang besar akan berlaku.

“Nah, nampak tak tuan-tuan? Bila kena kat orang depa bukan main bersorak-sorai, dan bertepuk tangan. Tapi bila parti depa sendiri yang buat, puak-puak ‘walaun’ ni senyap saja tuan-tuan.

“Apakah parti yang lidah bercabang macam ini yang boleh kita harapkan untuk mentadbir dan menguruskan negara? Depa pandai bagi hukum tu hukum ni kat orang, tapi bila kena kat parti sendiri, semua senyap membisu. ‘Apa punya turr’?” bidasnya – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.