Politik Khidmat Bakti Adnan Berterusan Untuk Rakyat Kuala Pilah

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan meneruskan politik khidmat bakti beliau kepada rakyat di kawasan ini.

Adnan hari ini berkesempatan bersama badan kebajikan yang bertemu beliau di Pusat Khidmat Parlimen Kuala Pilah dan memberikan sumbangan kepada mereka yang memainkan peranan dalam menyalurkan bantuan golongan kurang berkemampuan.

“Alhamdulillah menyampaikan serba sedikit sumbangan kepada penerima penerima terdiri daripada pelbagai badan kebajikan bagi melaksanakan program serta bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Harap dengan sumbangan dan bantuan ini dapat meringankan serba sedikit beban yang sedia ada.

Selepas itu, Adnan juga memaklumkan beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Sungai Dua Besar dan ke Surau Wakaf Dabon untuk makan tengahari bersama ahli kariah sempena sambutan Maulid yang akan diadakan pada malam ini.

Dalam pada itu menerusi satu perkongsian berasingan, beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah baru-baru ini turut berkesempatan menghadiri Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-43 Sekolah Jenis Kebangsaam Tamil (SJKT) Ladang Juasseh.

“Pelbagai acara telah diadakan melibatkan ibu bapa dan murid murid seperti acara larian, sukaneka dan persembahan tarian.

“Syabas dan tahniah kepada anak anak yang telah berjaya namun kepada yang tidak berjaya, usaha lagi. Semoga SJKT Ladang Juasseh maju jaya,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.