Pas Perlu Tinggalkan PN, Jangan Buang Masa Cari Jalan Untuk Tebuk Atap – Puad

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak Pas dan menyifatkan parti itu membuang masa untuk mengambil alih kerajaan.

Katanya, sebaliknya Pas perlu bergerak ke hadapan dan bersama dengan Kerajaan Perpaduan.

“Pas sepatutnya moving forward. Tinggalkan Perikatan Nasional (PN) dan sertai Kerajaan Perpaduan. Berkongsi kuasa dan jadi pengimbang dalam kerajaan.

“Jangan buang masa cari jalan untuk tebuk atap. Menghukum orang lain. Keluar berbagai fatwa pecah belahkan orang melayu.

“Lebih baik duduk dalam kerajaan menstabilkan politik, membangun negara, menjayakan agenda Islam, Melayu, dan kesaksamaan rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Rengit itu juga menempelak bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Anuuar Musa yang mengajak ahli UMNO untuk bersama Pas.

Malah Mohd Puad turut menyifatkan alasan dikemuka bekas Ahli Parlimen Ketereh itu sebagai tidak relevan.

“Annuar ajak ahli UMNO masuk PAS jika mahu meneruskan perjuangan. Perjuangan apa? Apa pencapaian Annuar bila sudah masuk PAS?

“Hari-hari Annuar meratib “No Anwar No DAP”. Itu sudah tidak relevan. Mana boleh ikut perangai Sanusi. Lucah dan bohong,” sindir beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.