Pas ‘Double Standard’ Tak Tegur Pemimpin DHPP Sentuh Elemen Agama Islam – Azhari

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari menyelar Pas dengan menyifatkan mereka sebagai sebuah parti yang mengamalkan dwistandard.

Kenyataan beliau itu sebagai merujuk tindakan Pas yang membenarkan sahaja pemimpin bukan Islam menggunakan elemen agama Islam dalam ucapan mereka.

Kata Azhari ini kerana Ketua Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Malaysia, Balasubramaniam Nachiappan ketika berucap di pentas Pas bertindak memetik ayat Al-Quran dan bercerita pernah bermimpi Nabi Muhammad S.A.W.

“Berkenaan isu pemimpin non-muslim petik ayat Al-Quran. Kalau pemimpin non-muslim itu adalah Ketua Dewan Himpunan Pendukung Pas Malaysia, sudah pasti dia pun boleh petik ayat Al-Quran dan mengaku macam Balasubramaniam ni sampai pernah mimpi Nabi Muhammad S.A.W.

“Yang hebatnya bukan sekali mimpi, tapi banyak kali. Kenapa pemimpin Pas tak tegur? Bukan nak backup, tapi kenapa perlu double standard?” katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.

Azhari juga dalam pada itu berkongsi video yang memaparkan beberapa ucapan Balasubramaniam di beberapa lokasi termasuk di Muktamar Pas ke-63 dan ucapan mukadimah di Dungun.

Balasubramaniam memetik ayat daripada Surah Al-Hujarat ayat ke-6, Surah Al-Maidah ayat ke-8. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.