#RinduZamanNajib Kembalikan Kedai 1Malaysia, Khas Untuk Warganegara Malaysia – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh berharap kerajaan dapat mengembalikan kembali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diwujudkan sejak tahun 2011.

Katanya, KR1M yang diilhamkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu membawa manfaat dalam mengurangkan beban rakyat, selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

“Moga kerajaan kali ini, dapat mewujudkan semula kedai seperti ini khas untuk warganegara Malaysia sahaja.

“Terima kasih Najib Razak atas usaha yang terbaik ini,” katanya sambil menggunakan #RinduZamanNajib menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Jasin itu lagi, meskipun kedai ini pada awalnya mendapat pelbagai respon pelbagai namun ianya sedikit sebanyak membantu rakyat yang berdepan kekangan kewangan.

“Dulu ramai yang memperlekeh malah mencaci individu yang membina kedai ini. Hari ini, ramai yang sedar bahawa ini adalah kedai yang terbaik untuk rakyat di bawah ini,” ujar beliau.

Terdahulu, Dr Akmal menerusi hantarannya sebelum ini memohon Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan melaksanakan polisi pembelian beras tempatan hanya dalam kalangan warganegara Malaysia sahaja.

Menurutnya, ia bukan bersifat diskriminasi sebaliknya mengutamakan bekalan makanan tersebut untuk rakyat Malaysia. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.