Khidmat Bakti Berterusan Muhammad Sufian Untuk Rakyat DUN Seri Menanti

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi meneruskan politik khidmat bakti beliau dengan menyantuni rakyat setempat.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau memaklumkan bersama dengan penduduk Kampung Buyau untuk melakukan aktiviti gotong-royong.

Muhammad Sufian seterusnya ke lokasi yang menjadi aduan masyarakat akibat kerosakan jalan.

“Menyantuni jemputan Program Gotong Royong Anak Kampung Buyau di Surau Ulu Buyau, Tanah Wakaf Kampung Buyau dan gelanggang sepak takraw Kampung Buyau .

“Kemudian saudara Rashid bawa tempat-tempat kerosakan jalan , pembersihan laluan anak air dan juga camp site di Kampung Buyau,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah turut berbesar hati menziarahi ke kediaman keluarga Allahyarhamah Rasiah Asid bagi meluahkan simpati beliau atas kehilangan insan tersayang.

“Kemudian terus ke Kampung Gamin menziarahi Allahyarhamah Rasiah Asid yang telah meninggal dunia awal pagi tadi. Semoga Allah mengampuni dan didoakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan solihin,” ujar beliau.

Muhammad Sufian kemudiannya ke Kampung Ibol menunjungi Puan Rismawati bagi mendengar permasalahan yang dihadapinya termasuk berkenaan rumah yang didiami.

“Akhir sekali berjumpa dan menziarahi puan Rismawati di Kampung Ibol, baru berpindah dan berhasrat untuk mendapatkan peruntukan rumah buat beliau dan keluarga.

“Insya-Allah saya akan usahakan bersama agensi yang boleh membantu Puan Rismawati bagi tempat beliau memsedarkan anak-anak. Semoga semuanya dalam rahmat dan redha Allah s.w.t,” luah beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.