Tujuh Pertimbangan Ditetapkan Berkait RUU Pendanaan Politik – Azalina

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Jemaah Menteri menetapkan tujuh pertimbangan ketetapan dasar berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) pendanaan politik antaranya mewujudkan undang-undang baharu bagi mengawal selia sumbangan politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Dr Azalina Othman Said berkata, perkara kedua adalah peranan pengawalseliaan dilaksanakan oleh sebuah badan berkanun Persekutuan sebagai entiti bebas dan berkecuali.

“Pertimbangan ketiga bagi membolehkan pengawalan sumbangan politik dibuat sepanjang masa dan bukan terhad ketika pilihan raya sahaja.

“Pertimbangan seterusnya bagi mengawal selia sumbangan politik yang diterima oleh parti politik, ahli parti politik, calon pilihan raya (termasuk calon bebas) dan ejen pilihan raya,” katanya ketika sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada sidang khas Dewan Rakyat, Isnin.

Azalina memberitahu, pertimbangan berkenaan juga supaya sumbangan politik dalam apa jua bentuk daripada entiti luar negara tidak dibenarkan.

“Selain itu, pertimbangannya supaya terdapat penetapan berhubung jumlah sumbangan yang dibenarkan dan perlu diisytihar oleh parti atau ahli-ahli pol

“Ketujuh, bagi sumbangan politik yang diterima oleh parti politik, ahli politik atau calon bebas pilihan raya sumbangan hendaklah dimasukkan ke dalam suatu akaun khas yang diwujudkan hanya untuk sumbangan politik,” ujarnya.

Menurutnya, kabinet bersetuju agar skop dasar RUU berkaitan pendanaan politik itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi di Dewan Rakyat pada 8 September lalu.

Beliau berkata, perkara itu kemudian diangkat untuk pertimbangan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 13 September lalu. – Sinarharian.com.my

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.