Semarak Semangat Patriotik, Rakyat Juasseh Dijemput Ke Karnival Hari Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Orang ramai dijemput untuk menghadiri Karnival Perpaduan Hari Malaysia DUN Juasseh yang akan diadakan serentak di tiga tempat iaitu di Dewan Hadhari, Pekarangan Pejabat Khidmat DUN Juasseh dan padang sekolah kebangsaan tapak bermula esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata program ini akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini, 15 sehingga 16 September dengan menyediakan pelbagai gerai jualan dan aktiviti kepada pengunjung.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan berkata ia sebagai menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat di di kawasan inisempena sambutan Hari Malaysia.

“Penganjuran ini diadakan selama dua hari. Diadakan bagi mengeratkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di sini sempena Hari Malaysia.

“Jadi saya menjemput rakyat di sini untuk bersama memeriahkan karnival ini sebagai platform meningkatkan lagi patriotik dan silaturahim rakyat Juasseh,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.