Jalaluddin Bangkitkan Isu Bekalan Beras Di Parlimen, Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias semalam telah membangkitkan suara orang ramai mengenai bekalan beras di pasaran dengan memberikan beberapa cadangan.

Dalam ucapannya ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, beliau berkata tindakan segera perlu diambil dalam usaha memastikan isi bekalan beras di pasaran dapat ditangani sebaiknya.

“Saya bangun mengambil bahagian dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat. Saya membawa suara orang ramai mengenai isu kekurangan bekalan beras di pasaran.

“Bagi menanganinya tiga tindakan segera dari pihak berwajib antaranya proses pengeksportan beras ke luar negara harus mengikuti garis panduan khusus agar kecukupan bekalan beras dalam negara untuk rakyat kita harus diutamakan terlebih dahulu,” katanya.

Kata beliau lagi kerajaan juga harus melipatgandakan proses penguatkuasaan terhadap mana-mana individu atau pihak yang cuba menyeludup beras ke luar negara.

“Seterusnya kerajaan perlu tingkatkan kerjasama dengan mana-mana pengeluar beras utama dunia secara segera bagi mengurangkan harga beras import, sekali gus dapat mengimbangi semula harga beras tempatan,” tambahnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.