Tindakan Tidak Bermoral: Dr Akmal Gesa Muhyiddin Cermin Diri, Berikan Penjelasan

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Salleh secara sinis menempelak Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung  dakwaannya berkaitan kes yang melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahamd Zahid Hamidi beberapa hari yang lalu.

Jelas Dr Akmal bahasa mudahnya jika melibatkan mana-mana pihak lain akan dianggap tidak bermoral dan sebagainya lagi, namun jika terkena kepada batang tubuh sendiri keadilan ditegakkan.

“Kalau orang lain tidak bermoral,kalau kena kat diri sendiri keadilan ditegakkan. Dan ketika Tan Sri berada di dalam kerajaan 22 bulan dahulu, kes yang dilepaskan ada moral ke tidak ada moral… Walaupun ketika itu SPRM dan satu Malaysia terkejut,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Memetik laporan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tindakan Peguam Negara menggunakan kuasanya mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan bagi menarik balik 47 pertuduhan jenayah terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah sesuatu yang tidak bermoral.

Dr Akmal seterusnya menambah bagaimana pula dengan kes yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kes Datuk Seri Najib didakwa walaupun tidak mempunyai bukti yang kukuh ketika Tan Sri menjadi menteri kerajaan lalu bermoral ataupun tidak? Lagi satu anak menantu melarikan diri untuk disoal siasat itu bermoral juga ke Tan Sri? Mohon Tan Sri boleh memberikan penjelasan juga,” tambahnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.