Hentikan Segala Hasutan Jahat Pihak Berkepentingan, Pertahankan Institusi Presiden – Sharif Musa

LAHAD DATU, 7 Sept – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menggesa semua pihak khususnya ahli-ahli UMNO untuk bersama-sama berusaha menghentikan segala hasutan jahat pihak berkepentingan dengan terus-terusan menyalahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan keputusan mahkamah Isnin lalu.

Katanya, keputusan mahkamah telah melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri itu yang antara lain alasan yang dibacakan ialah dakwaan dalam representasi Ahmad Zahid ada pendakwaan terpilih (selective prosecution) daripada rejim kerajaan sebelum ini.

“Keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan tuduhan bermotif politik.

“Selepas ini menjadi tugas kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan pembangunan, cintakan kestabilan politik, cintakan kemajuaan dan lain-lain, menolak segala bentuk tuduhan politik selama ini yang dilemparkan malah sesiapa yang bercakap berkenaan kes YAB Datuk Seri Dr Zahid Hamidi boleh dianggap sebagai satu hasutan yang anti-Zahid

“Memang kebenaran boleh disalahkan, tapi tidak boleh dikalahkan,” katanya yang mengulas berkaitan hal terbabit.

Terdahulu, pada Isnin Mahkamah Tinggi telah memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.