Pemimpin UMNO Ucap Selamat Tahun Baharu 2023

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pemimpin-pemimpin UMNO hari ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kesemua daripada mereka mengharapkan agar tahun baharu ini memberikan kemakmuran dan keharmonian kepada rakyat di samping mengingatkan 2022 meninggal pelbagai perkara yang bermakna.

“Selamat Tahun Baru 2023. Semoga diberikan kesihatan, dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan di Tahun Baru mendatang,” – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Selamat Tahun Baharu 2023 saya ucapkan kepada seluruh Keluarga Malaysia yang dikasihi tidak kira dimana jua anda berada. Semoga tahun 2023 membawa keharmonian dan kesejahteraan kepada seluruh Keluarga Malaysia dan dunia sejagat. Kita tinggalkan tahun 2022 dengan ingatan, iktibar, pengalaman dan kenangan penuh makna,” katanya. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita tinggalkan tahun 2022 dengan seribu satu macam peristiwa yang akan kekal menjadi kenangan, selamat tinggal 2022. Selamat datang 2023. Kita melangkah dengan penuh keazaman, penuh iltizam dan penuh semangat baharu. Semoga 2023 membawa kita jauh lebih baik dari tahun sebelumnya, Aamiin,” Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Telah berlalu 2022 dengan pelbagai cabaran, suka dan duka. Dengan kedatangan 2023, marilah kita sambutnya dengan penuh harapan dan mengisinya dengan semangat yang lebih mengelora dan tekad yang lebih tegar. Marilah kita sama-sama bangunkan semula Malaysia dengan lebih peduli, gigih serta penuh mubibbah. Sama-samalah kita doakan kebahagian dan kesejahteraan kepada negara tercinta dan seluruh rakyat Malaysia,” – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Datangnya tahun baru, tahun yang penuh pengharapan, tahun yang penuh dengan azam, tahun yang penuh dengan jalan cerita yang ingin dicorak. Namun, jangan kita lupa tahun yang akan ditinggalkan. Tahun yang semakin lama mengajar kita, tahun yang semakin lama memberi maksud apa itu nilai kehidupan. Namun kedua-dua tahun ini, harapan, impian untuk kekal bersama orang tersayang, masih sama seperti tahun-tahun yang lalu. Terima kasih 2022,” – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

“Menjelangnya tahun baharu 2023 ini, saya doakan rakan-rakan sentiasa peroleh rahmat dan barakah Allah, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki dan dilindungi daripada segala kemudaratan dan malapetaka yang tidak diingini,” Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Beberapa jam sahaja lagi kita akan tinggalkan tahun 2022. Tahun yang penuh dengan kisah suka duka untuk kita semua termasuk saya sendiri secara peribadi… yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan. Semoga tahun baru ini lebih baik, lebih membawa kebahagiaan, lebih kejayaan kepada kita semua. Selamat Tahun Baru 2023, selamat bercuti diucapkan,” Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.