Penerimaan Rakyat Sangat Positif, Mahu Kekalkan BN Di Sabak Bernam – Abd Rahman

SABAK BERNAM, 18 Nov – Berbaki dua hari lagi bagi Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri yakin situasi perkembangan kini cukup positif bagi BN mempertahankan kerusi ini.

Jelasnya, ianya dapat dilihat dalam tempoh berkempen bahawa rakyat memberi harapan yang tinggi pada BN.

“Kita dapati dalam tempoh kempen ini sehingga ke hari pengundian ianya dapat melihat perkembangan yang cukup positif dan menggalakkan dan insya-Allah… komitmen yang begitu tinggi diberikan oleh pengundi Sabak Bernam serta yakin BN akan terus mempertahankan kerusi ini.

“Saya daripada rakyat dan saya juga untuk rakyat dan cuba merakyatkan apa jua kehendak rakyat serta bawa suara rakyat ke peringkat Parlimen untuk dibincangkan terutamanya untuk membantu dari segi sosio ekonomi penduduk di sini.

“Saya berharap para pengundi di Sabak Bernam ini memberikan peluang kepada saya untuk menjadi Ahli Parlimen pada PRU ke 15 ini,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam memahami kehendak rakyat yang menginginkan rangkaian internet meluas di setiap pelusuk kampung.

“Kita faham latar belakang rakyat di sini yang terdiri dari nelayan, penternak dan petani dan cuba melebar luaskan rangkaian internet dan sekarang ini agak lembab dan ada juga kampung-kampung yang tidak dapat rangkaian internet dan menyukarkan pada pelajar.

“Ianya dapat memberikan satu impak yang sangat besar kepada peniaga-peniaga ‘online’ yang ada di Parlimen Sabak Bernam ini dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi taraf kehidupan dan sosio ekonomi rakyat Sabak Bernam,” ujarnya.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Sabtu ini 19 Nov sebagai hari pengundian bagi PRU ke 15. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.