PRU15 Bawa Signal Perubahan, Rakyat Mahukan Kestabilan Dan Kemakmuran

BAGAN SERAI, 17 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bagan Serai, Zul Helmi Ghazali berpandangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini membawa signalnya yang tersendiri.

Katanya ini kerana, beliau ketika berkempen berjumpa pengundi menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kaum bukan Melayu.

“Pada kaca mata saya PRU15 ini nampak sedikit berbeza daripada PRU14 lalu kerana berdasarkan pemerhatian saya masyarakat Cina dan India sukar menerima BN dan ke arah parti lain sebelum ini.

“…tapi kali ini bila kita turun, ramai orang menyokong sebab mereka tengok kestabilan dan kemakmuran ini hanya boleh dicapai oleh BN. Itu sebabnya saya menerima sambutan yang sangat tinggi daripada mereka,” kata bekas Ketua Penolong Pengarah (Pegawai Sains Kanan) di Jabatan Tenaga Atom di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi itu.

Sementara itu Zul Helmi pada masa yang sama memaklumkan penerimaan itu juga diperolehi daripada masyarakat Melayu yang mesra bertegur sapa ketika bertemu beliau.

“Manakala Melayu pula alhamdulillah seperti biasa tiada segan bertegur siapa kalau orang suka kita, dia akan ajak untuk bergambar sebagai kenangan.

“Mana-mana pergi mereka memang sentiasa ada termasuk juga ketika walkabout dan juga ziarah.

“Selain itu kami sentiasa melakukan ziarah kasih bersama dengan rakyat tempatan yang kurang bernasib baik iaitu menghadapi strok, kencing manis dan lain-lain bagi berkongsi kesedihan,” ujar beliau.

Untuk rekod, pemegang Ijazah Sarjana Alam Sekitar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu pada PRU15 ini akan berdepan dengan persaingan empat penjuru iaitu daripada PH, Perikatan Nasional dan Pejuang. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.