Melaka Pilih BN… Antara Contoh Terbaik Kenapa Perlunya Kestabilan – Rais Yassin

LENGGONG, 17 Nov – “Kenapa perlunya kepada kestabilan? Kerana dengan adanya kestabilan akan pasti lahirlah kemakmuran. Seperti yang telah berlaku di negeri Melaka ketika ini.”

Demikian kata pembuka Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Rais Yassin ketika ditanya kenapa kestabilan dan kemakmuran sering menjadi ungkapan Barisan Nasional (BN).

Rais yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka bersyukur rakyat telah memberi mandat kepada BN untuk mentadbir negeri dengan lebih tiga perempat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jadi, buktinya sekarang sudah genap setahun Melaka ditadbir kerajaan baru yang secara dominan, total dan mutlak oleh BN. Kita dapat lihat negeri Melaka baru-baru ini mendapat tempat kelima dalam sektor pelaburan di mana hampir RM3.2 bilion masuk ke dalam negeri Melaka.

“Kita dapat lihat dengan adanya kestabilan yang telah diberikan oleh rakyat, itulah bukti kemakmuran itu hadir. Itu tidak kira ambil dari manifesto negeri Melaka seratus hari kita telah tunaikan,” katanya kepada UMNO Online di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput itu ditemui selepas membantu kempen calon BN Parlimen Lenggong Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan juga calon Parlimen Padang Rengas Datuk Mohd Arrif Abd Majid, baru-baru ini.

Berhubung dengan manifesto PADU yang diumumkan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Rais yakin BN mampu melaksanakannya.

“Saya selaku Exco yang bertanggungjawab dalam pendidikan negeri Melaka, ingin mengambil beberapa contoh daripada PADU. Ia adalah satu janji yang kita boleh lakukan sebagai contoh pendidikan awal kanak-kanak yang berumur enam tahun yang boleh diberikan percuma. Ini adalah satu amat baik sekali ditawarkan oleh kerajaan BN. Sudah tentu ini akan meringankan lagi beban kos sara hidup masyarakat.

“Bukan sahaja dari peringkat awal malah di peringkat pendidikan tinggi juga bagi kalangan B40 juga diberi pendidikan percuma. Ini secara tidak langsung pelajar-pelajar yang datang dari keluarga yang kurang kemampuan tidak perlu lagi memikirkan beban kos sara di universiti dan sebagainya.

“Kita lihat juga di era digital kerajaan BN menawarkan peranti percuma kepada semua rakyat di kalangan B40 dan mereka yang tidak berkemampuan. Ini semua adalah janji-janji yang bukan seperti parti pembangkang yang menjanjikan tetapi tida yang mampu buat, kita BN mempunyai tred rekod. Selama lebih 60 tahun mentadbir, kita mampu lakukan,” tegasnya.

Sebaliknya kata Rais, dapat dilihat dan dirasai bagaimana kesusahan rakyat semasa kerajaan 22 bulan, iaitu kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hanya tahu melepaskan tembolok mereka sahaja.

“Inilah waktunya untuk rakyat mengimbau kembali apa yang PH lakukan selama 22 bulan kepada kita dan tolong kali ini pulangkan mandat secara total kepada BN supaya kita dapat menstabilkan negara dan akhirnya kemakmuran dapat kita miliki bersama,” serunya.

Justeru, Rais berpesan kepada rakyat khususnya pengundi muda agar jangan tertipu sekali lagi dan tolak mereka yang sering membuat fitnah serta hasutan pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.