Lagi Tumpuan Tok Muni Di Kubang Pasu…Kompleks Sukan Untuk Riadah

KUBANG PASU, 17 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Kubang Pasu  Datuk Hasmuni Hassan berkata kawasan berkenaan harus mempunyai sebuah kompleks sukan yang bersepadu untuk anak-anak muda beriadah.

Menurut beliau kawasan tersebut yang mempunyai kelengkapan seperti padang bola sepak, trek lumba lari, kolam renang, dan lain-lain yang bersesuaian harus diberi tumpuan sebaiknya.

“Melalui sebuah kompleks sukan ini, penduduk Kubang Pasu khususnya belia-belia dapat menjalankan aktiviti sukan dan riadah bersama rakan-rakan dan keluarga. Malahan kemudahan ini boleh dimanfaatkan sebagai pusat latihan atlit Kubang Pasu

“Sukan itu sendiri membina karektor dan personaliti peribadi. Melalui kegiatan sukan, anak-anak Kubang Pasu juga boleh belajar apa itu setiakawan, kerja berpasukan, persaingan dan kejujuran dan semua ini adalah sikap yang penting di dalam pembentukan sahsiah dan produktiviti diri,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO Online.

Kata beliau lagi banyak faedah dan manfaat  jika cadangan Kompleks Sukan bersepadu ini menjadi realiti kelak.

“Dengan potensi Kubang Pasu sebagai Pintu Masuk Darat utama di Utara tanah air, apalah kiranya kita usahakan bersama untuk kemudahan ini dibina di tanah kita,” tambahnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.