Rakyat Dapat Banyak Manfaat Apabila BN Kembali Berkuasa – Mohmed Puzi

PEKAN, 8 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Pekan, Datuk Seri SH Mohmed Puzi SH Ali berkata misi utamanya bagi kawasan ini adalah meningkatkan lagi taraf sosio ekonomi untuk rakyat Pekan.

Menurutnya, ianya dapat memberikan peluang perkerjaan penduduk setempat sekiranya industri petroleum dapat dilaksanakan dengan segera.

“Saya menyarankan peluang perkerjaan yang banyak pada penduduk-penduduk khususnya di Pekan. Apa yang telah dilaksanakan sekarang adalah memperkemaskan pelaksanaan industri minyak dan gas boleh mewujudkan lebih 2,500 peluang perkerjaan untuk anak-anak tempatan dan peduduk di sekitar Pekan khususnya. Sedikit masa lagi projek ini dilaksanakan seperti yang dirancang.

“Pekan ini banyak Felda dan peneroka bergantung hasil tuaian kelapa sawit, terutama sekali peneroka Felda mendapat hasil tambahan iaitu hasil-hasil buangan dari kelapa sawit boleh dijadikan bahan-bahan sampingan untuk memproses kertas dan juga makanan untuk ternakan. Inilah misi BN Pekan untuk rakyat agar pendapatan peneroka dapat ditingkatkan.

“Saya juga menitikberatkan tentang perumahan untuk generasi muda kerana generasi ini akan terus bertambah dan mereka memerlukan rumah. Anak-anak muda ini perlu satu tempat untuk membentuk keluarga baharu. Perancangan khusus untuk diadakan dan dibina perumahan baharu bagi generasi muda khususnya di Parlimen Pekan,” katanya kepada UMNO Online di sini.

Dalam pada masa yang sama beliau ingin meningkatkan penyertaan golongan belia dalam bidang-bidang tertentu.

Persoalannya apa yang anak muda inginkan sebenarnya?

“Selain rumah anak muda perlukan sumber pendapatan dan boleh dihasilkan melalui ‘training’. Satu latihan yang membolehkan anak muda ini mendapat pendapatan dan boleh menyara keluarga.

“Anak muda ini perlu bimbingan dan bantuan yang diperlukan untuk membolehkan mereka ini menjalankan perniagaan dan sebagainya,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, apabila ada parti dominan yang menguasai Putrajaya, segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan tidak diganggu-gugat oleh mereka yang tidak sewajarnya.

Seterus katanya lagi, dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini kepercayaan yang sewajarnya adalah rekod perkhidmatan UMNO/BN yang lebih baik berbanding Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Inilah timbang tara yang paling penting untuk rakyat meneliti ‘track record’ ini dan ianya adalah utama bagi BN mensejahterakan rakyat.

“Kita mesti cakap serupa bikin… dan paling penting adalah menstabilkan politik dan memakmurkan rakyat. Perkara ini sangat penting sesuai dengan tema BN pada PRU 15 iaitu kestabilan dan kemakmuran,” ujarnya. – UMNO ONLINE

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.