Perkukuh Tekad Undi BN, Tolak Naratif Pembangkang Burukkan Parti

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif menekankan bahawa rakyat tidak perlu termakan dengan naratif ciptaan pembangkang yang sentiasa berusaha untuk memburukkan Barisan Nasional (BN)

Justeru beliau berharap agar ahli UMNO semua peringkat bersatu dan senada dengan ketetapan yang dibuat pucuk pimpinan untuk kuatkan tekad bagi memilih BN.

Beliau berkata demikian sebagai menolak dakwaan kononnya memberi satu undi kepada BN bersamaan satu undi untuk Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri kerana ia hanyalah usaha untuk memburukkan BN.

“Bagi saya dalam UMNO bila satu ketetapan sudah dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, dengan disokong bahagian seluruh negara yang sudah sebulat suara bersetuju melantik Datuk Seri Ismail Sabri Sebagai perdana menteri selepas PRU15.

“Malah ia dipatuhi seluruh pucuk pimpinan termasuk Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri, beliau sebagai presiden terikat dengan ketetapan parti sama juga kita sebagai pemimpin bahagian, jadi rakyat tidak perlu termakan dengan agenda pembangkang untuk pecah belahkan kita.

“Saya harap kita ahli UMNO semua peringkat jelaskan dan perlu disebar seluasnya perkara sebenar supaya rakyat tidak lagi keliru, kekal yakin dengan ketetapan parti,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.