PADU Inisiatif Terbaik, Bertepatan Tawaran Kestabilan Dan Kemakmuran – Norshida

 

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Tawaran kestabilan dan kemakmuran untuk Malaysia merupakan tawaran terbaik oleh Barisan Nasional (BN) dalam usaha memastikan rakyat bukan sahaja terbela malah meningkatkan lagi pencapaian negara.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata menerusi Perancangan Amal Dan Usaha (PADU) tentunya adalah langkah terbaik oleh BN untuk rakyat negara ini.

“Tawaran kestabilan kemakmuran untuk Malaysia… anda tak mahu, anda rugi. 99 Perancangan Amal dan Usaha BN yang akan menjadi panduan dalam mengemudi negara kesayangan kita.

“Manifesto-manifesto yang disenaraikan akan membantu pembangunan negara demi rakyat. Ianya meliputi semua aspek-aspek penting, golongan dan latarbelakang rakyat. Tiada yang ketinggalan. Begitu juga wanita,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kata beliau lagi yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat, Wanita merupakan nadi negara dan BN dilihat menjaga kebajikan Wanita dengan lapan manifesto antaranya menawarkan insentif potongan cukai kepada majikan yang memperkenalkan sistem waktu kerja anjal kepada golongan ibu yang bekerja.

“Seterusnya menaik taraf Amanah Ikhtiar Malaysia dan mewujudkan Bank Pembangunan Ekonomi Wanita selain membangunkan sebuah Hospital Pakar Awam Wanita (HAWA) pertama sebagai hospital pakar mengkhususkan isu kesihatan wanita.

“Begitu juga dengan tekad membangunkan sebuah universiti awam wanita pertama selain menubuhkan Akademi Kepimpinan Wanita di sebuah universiti awam sebagai pengiktirafan istimewa kepada potensi besar dan penting golongan wanita,” tambahnya.

Tambahnya lagi, BN juga bersedia untuk menubuhkan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Wanita serta mengecualikan sepenuhnya cukai pendapatan (0%) selama lima tahun kepada semua wanita yang kembali ke alam pekerjaan setelah berehat daripada kerjaya.

“Tambah menarik apabila skim subsidi nasional untuk ujian monogram dan saringan barah serviks juga ditawarkan dan kelapan-lapan ini adalah janji BN.

“Manifesto untuk ditepati, demi kebaikan negara… Kestabilan dan Kemakmuran hanya dengan mengundi  BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” tambahnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.