Hanya BN Yang Mampu Berikan Khidmat Terbaik Untuk Rakyat – Sharkar

TEMERLOH, 7 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Temerloh Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mengharapkan agar rakyat di Temerloh dan seluruh negara memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ini.

Ini kerana katanya walaupun pada PRU lalu tewas namun BN terus memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat sama ada semasa susah atau senang.

“BN adalah sebuah parti yang berikan perkhidmatan terbaik walaupun kalah pada PRU ke-14 tetapi BN tidak henti-henti berikan perkhidmatan terutama rakyat menghadapi kesusahan. Kita berharap pengundi di Temerloh akan memberikan sokongan pada BN.

“Apabila negara menghadapi COVID-19, BN/UMNO bersungguh-sungguh membantu rakyat yang terkesan dan juga program-program vaksinasi dilaksanakan serta begitu juga banjir.

“BN Temerloh merasakan ini satu tanggungjawab dan sedaya upaya membantu dan menghargai rakyat yang beri sokongan kepada parti ini. Walaupun sedikit tapi rakyat dapat merasakan perkhidmatan dari BN,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menjelaskan sekiranya BN memenangi pilihan raya maka rakyat akan mendapat segala insfrastruktur untuk memperbaiki kehidupan.

“Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan sekolah berasrama penuh dapat menyumbang kepada pembangunan setempat sebab pelajar yang datang akan memberikan kuasa ekonomi kepada tempat tersebut.

“Infrakstruktur iaitu jalan raya dan bekalan air di Lanchang. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meluluskan RM100 juta untuk buat loji baharu dan proses pembinaan loji baharu ini sedang bermula dan ianya mengambil masa sedikit,” jelasnya.

Dalam masa yang sama Ketua UMNO Bahagian Temerloh berharap agar dapat membina hospital swasta bagi rakyat Temerloh.

“Kita perlukan satu hospital swasta dan yakin kerajaan negeri bersedia mencari tempat-tempat yang sesuai dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh kaji semula tentang kelulusan syarikat atau individu untuk membina hospital.

“Sebagai contoh ada pesakit yang memerlukan rawatan mingguan, bulanan dan mempunyai kemampuan kerana mempunyai insuran tapi terpaksa ke hospital kerajaan dan sekiranya ada hospital swasta maka ‘service’ itu lebih lagisebaliknya mereka ini  terpaksa ke Kuantan atau ke Kuala Lumpur. Mempunyai hospital swasta yang serba lengkap ini amat penting kepada ‘market’ di sini khususnya pada mereka yang mempunyai kad kesihatan,” jelas beliau.

Ujarnya lagi, sosio ekonomi penduduk di Temerloh terus meningkat apabila kerajaan negeri telah meluluskan satu bandar baharu sebagai ‘smart city’ iaitu terletak antara pertemuan ECRL dan Keretapi Tanah melayu (KTM). – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.