Hakim Nazlan Perlu Disiasat Segera

ISU berkenaan siasatan terhadap hakim Nazlan telah menjadi isu kepentingan awam” kata Mah Weng Kwai , seorang bekas hakim mahkamah rayuan berkenaan kes Nazlan.

Ia perlu didedahkan kepada orang awam dan seluruh negara.

“Pendedahan berkenaan siasatan terhadap Hakim Nazlan sangat penting kerana ia membabitkan kepentingan awam dan juga nama baik kehakiman” ujar Mah.

Mah Weng Kwai bukan calang calang individu, kerana selain pernah menjadi Hakim Mahkamah Rayuan, Mah juga adalah bekas Presiden Majlis Peguam.

Kenyataan Mah sangat benar kerana orang awam akan membuat spekulasi sendiri dan mereka tidak boleh dipersalahkan.

Tambah lagi pada kes Najib Razak (DSNR), semuanya didedahkan oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH) walaupun Najib Razak adalah Perdana Menteri Malaysia, maka tiada sebab siasatan terhadap Nazlan tidak didedahkan.

Nazlan disiasat atas kapasiti diri sendiri berkemungkinan menerima sogokan berkaitan wang di dalam akaunnya sejumlah RM1 juta lebih.

Nazlan juga disiasat kerana wang terbabit diterima ketika menjawat kerja di Maybank sebagai General Council dan tiada kaitan dengan jawatannya hari ini.

Kedudukan keputusan kes Najib boleh dirombak jika didapati Nazlan sah terima sogokan atas kapasitinya pada jawatannya sebagai terbabit dalam komuniti meluluskan syarikat SRC.

Mah, who is also a former Malaysian Bar president, said the public had still not been informed as to whether there was any such money in Nazlan’s bank account, even though police reports were filed in March and April.

Ramai juga setuju dengan seruan Mah Weng Kwai kerana keadilan mesti diutamakan.

Dalam hal mengenakan Najib Razak, semuanya didedah dan disebarkan kepada umum ternasuk hal yang tidak wujud.

Namun, apabila berkaitan perilaku peribadi Nazlan, banyak pula tentangan dari mereka yang kononnya “uphold laws and justice”.

Mereka mereka cuba pedaya masyarakat yang buta undang-undang bahawa hakim tidak boleh disiasat kerana ‘separation of power’.

Sedangkan ia bukan isu ‘seperation of power’ tetapi sebaliknya perilaku rasuah seorang individu yang memakai jubah hakim yang perlu didakwa jika benar ada menerima wang sogokan seperti yang didapati di dalam akaun peribadinya.

“It is already mid-May. Certainly it is not difficult for the MACC to obtain all of Nazlan’s bank statements,” he said at a press conference today.

Nazlan, who was appointed a High Court judge on Jan 30, 2017, was promoted to Court of Appeal judge on Feb 3, 2022.

Banyak keraguan didapati terhadap kes Najib Razak.

Selain itu banyak juga maklumat disembunyikan oleh pihak pendakwa dari pengetahuan pihak pembela, seolah-olah pendakwa takut ia boleh memenangkan pihak pembela.

Ini jelas menunjukkan dakwaan bukan hendak mengetahui kebenaran tetapi lebih tertumpu mesti penjarakan DSNR.

Harus diberitahu bukan sahaja skandal wang dalam akaun Nazlan sahaja cuba diselindung, bahkan skandal bekas Gabenor Bank Negara juga cuba dilindungi.

Ini bermakna, keputusan kes terhadap DSNR telah dibuat tanpa keseluruhan maklumat dan bukti dipamerkan dan juga saksi utama tiada dalam mahkamah.

Jika ikut standard mahkamah antarabangsa, kes DSNR ini sudah boleh digugurkan dan kedapatan maklumat berkenaan Hakim itu sendiri adalah satu “Conflict of interest” dan sepatutnya hakim undur diri (recuse) dari mendengar kes.

Negara harus berbuat sesuatu kerana dunia tertumpu kepada kes yang sangat berat sebelah dan orang patut didakwa masih tidak didakwa dan ada pula penerima rasuah menjadi saksi untuk selamatkan diri.

Lebih jijik lagi, nama-nama penerima rasuah dari pihak Goldman Sach tidak diizinkan diberi senarai kepada pihak pembela dan nama Zeti Aziz sebagi sah menerima sogokan bagai didedah di mahkamah Amerika masih belum disentuh lagi di Malaysia.

Maka, wajarlah seruan bekas Hakim, Mah Weng Kwai diambil perhatian, kerana hakim rakyat sedang memerhatikan dan akan menjatuhkan hukuman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02ZHC9rew21dXe5tbiPwU36QfXbgQKYsAWdSn38M9JDbbFKewhuXLFk378SUqMdEZ6l&id=100001297908587