RUU Anti Lompat Parti Bukti UMNO/BN Tepati Janji – Ismail Mohamed

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memujuk pihak pembangkang bagi menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti telah menunjukkan bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang jujur dan menepati janji.

Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berpendapat daripada peristiwa tersebut, dilihat hanya pemimpin UMNO/BN sahaja yang mampu untuk mewujudkan kestabilan politik.

“Kalau diberi keyakinan kepada BN, parti yang orang kata kuat dan stabil, kita akan buat lebih baik. Contohnya seperti RUU Anti Lompat Parti. Dalam keadaan kita tak stabil, tapi kita berlapang dada. Perdana menteri kita boleh pujuk. Pemimpin di PWTC pun boleh memujuk semua, boleh menerima. Akhirnya, kita lihatlah hanya pemimpin UMNO yang boleh mewujudkan kestabilan.

“Cuba itu hari kalau bukan pemimpin UMNO yang jadi perdana menteri, tak dapat kita pujuk parti pembangkang. Ini kerana kita ada aura yang jujur, yang mana cakap orang tu betul, janji tu tepat, kita tiada main kata orang belakang, menipu, seolah-olah untuk kepentingan kita… tapi apa yang kita buat ini adalah untuk kepentingan rakyat. Itu sebab rakyat kena melihat BNlah yang akan akan bersungguh-sungguh membantu rakyat,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata, rakyat mahukan sebuah parti yang dapat memberikan harapan terbaik dan beliau melihat mereka menaruh kepercayaan tersebut kepada BN.

“Secara dasarnya, saya melihat rakyat hari ni mahukan sebuah parti yang boleh memberi harapan kepada mereka. Jadi berdasarkan beberapa pilihan raya, situasi pilihan raya yang kita lihat, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, PRN Johor, secara keseluruhannya, walaupun pengundi tak ramai yang keluar, secara dasarnya, rakyat nakkan sebuah parti yang boleh memberi harapan yang terbaik untuk mereka.

“Yang saya lihat, mereka menaruh kepercayaan kepada BN. Itu sebab saya lihat secara keseluruhan, saya penuh yakin BN akan kembali merampas, menjadi kerajaan sepenuhnya di dalam negara kita. Cuma kena faham situasi yang berlaku berbeza terhadap saya di Pagoh. Itu sahaja.

“Tapi saya penuh yakin secara keseluruhan BN, kita akan menang dengan kerusi yang lebih baik berdasarkan rekod-rekod yang pernah kita lalui dan juga bila perdana menteri diletakkan orang UMNO dan menteri-menteri kita mempunyai track record yang baik, Insya-Allah, kita akan dapat memberikan keyakinan untuk rakyat memilih kita, Barisan Nasional,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yakin rakyat boleh menilai dan membuat perbezaan di antara tiga kerajaan yang telah memerintah serta berharap agar rakyat terus memilih UMNO/BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Saya penuh yakin rakyat telah melihat sendiri 60 tahun lebih bersama UMNO, bawah Pakatan Harapan (PH), bawah Perikatan Nasional (PN), sekarang ni perdana menteri orang UMNO, menteri kebanyakan orang UMNO, kita dah lihat bila kerajaan bercampur ini macam mana keadaannya.

“Menteri mana yang perform, yang mampu buat kerja seperti mana yang akhirnya kita lihat ada kelemahan-kelemahannya. Jadi saya harap rakyat terus memilih Barisan Nasional. Bersama dengan kita, kita perbetulkan balik keadaan dan kita kena beri keyakinan, parti yang betul-betul boleh bawa rakyat ke satu tahap yang lebih baik adalah Barisan Nasional,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.