Kenyataan Berkaitan Isu Sapura Bukti Kukuh PKR Tak Layak Tadbir Negara – Najib

KENYATAAN PKR berhubung Sapura ini adalah bukti kukuh bahawa parti ini tidak layak mentadbir negara, tidak boleh dibenarkan mengurus ekonomi dan tak faham bagaimana menjaga Rakyat.

Sah mereka bingai.

PKR kata:

No 1. Sapura bukanlah syarikat berprestasi cemerlang yang amat perlu diselamatkan sebagaimana diperkatakan Najib.“Kita sedia maklum harga minyak sudah mencecah AS$ 100 setong sekarang dan kebanyakan syarikat yang berkaitan minyak dan gas sudah mula mencatat keuntungan. Namun, bukannya Sapura.

“Sebenarnya peratusan pelaburan PNB tidak lebih 1% daripada jumlah pelaburannya. Kegagalan Sapura tidak akan menenggelamkan pemilik unit ASB seperti yang cuba ditakut-takutkan oleh Najib.”

𝐊𝐨𝐦𝐞𝐧 𝐍𝐚𝐣𝐢𝐛: Sebab itulah Sapura patut dibantu sekarang. Permintaan seluruh dunia bagi perkhidmatan oil dan gas adalah amat tinggi pada ketika ini susulan harga minyak dan gas naik tinggi serta pembukaan semula ekonomi dunia selepas pandemik.

Tahu pun dia peluang bagi syarikat seperti Sapura adalah besar ketika ini.

Oleh kerana masalah kecairan kewangan atau kekurangan modal kerja, Sapura tidak dapat mengambil peluang ini biarpun track rekod penyampaian projeknya adalah bagus.

Amat sayang jika peluang terlepas begitu sahaja hanya sebab modal kerja Sapura tidak cukup – iaitu satu masalah yang mudah diselesaikan.

Perlu ingat bahawa Sapura masih syarikat perkhidmatan minyak dan gas terbesar di Malaysia dan Asia. Pernah menjadi kedua terbesar dalam dunia dengan nilai RM30 bilion.

Biarpun nilai Sapura yang telah jatuh rendah ketika ini sudah menjatuh ke bawah 1% daripada jumlah nilai aset PNB sebanyak RM300 bilion, sekiranya Sapura boleh dipulihkan ke puncaknya maka nilai pegangan 40% PNB dalam Sapura akan bernilai sebanyak RM12 bilion.

Adakah RM12 bilion ini satu angka yang kecil?

No 2. “Apa yang Najib tidak ingin rakyat tahu adalah, jika Sapura terpaksa ditutup, akta-akta pekerja dan syarikat yang sedia ada akan melindungi pekerja dan pembekal-pembekal mereka.

“Syarikat lain yang lebih berdaya termasuk Petronas bolehlah membeli dan mengambil alih aset tersebut jika didapati bersesuaian. Mengapa Najib sibuk membela sebuah syarikat sahaja sedangkan ribuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam kesusahan?” katanya.

𝐊𝐨𝐦𝐞𝐧 𝐍𝐚𝐣𝐢𝐛: Dia ni ingat jika Sapura dibantu maka hanya Sapura sahaja akan dibantu.

Entah dah berapa kali saya kata bahawa vendor-vendor Sapura yang terdiri dari ribuan syarikat PKS dalam Malaysia turut terjejas setelah Sapura lama berhutang dengan mereka..

Sebab itu, bantu Sapura BERSAMAAN DENGAN bantu PKS.

Kenapa PKR tak faham apa maksud rantaian ekonomi?

Apa yang dimaksudkan akta-akta pekerja dan syarikat yang sedia ada akan melindungi pekerja dan pembekal-pembekal mereka?

Akta pekerja hanya akan memastikan pekerja yang dibuang kerja mendapat pampasan.

Manakala akta syarikat kata pemiutang (iaitu PKS yang dimaksudkan PKR) yang dihutang wang oleh Sapura hanya akan dibayar selepas tolak pinjaman bank yang dijamin.

Erti kata lain, kebanyakan PKS tidak akan menerima sebarang bayaran ataupun menerima sebahagian kecil bayaran sahaja dari baki aset Sapura setelah bank dijelaskan pinjaman dan pampasan pekerja ditunaikan.

Adakah ini yang PKR mahu? Ribuan pekerja Sapura dan pekerja vendor-vendor dibuang kerja biarpun dibayar pampasan manakala ramai PKS turut lingkup bersama Sapura?

Paling lucu ialah bahagian di mana PKR kata “Syarikat lain yang lebih berdaya termasuk Petronas bolehlah membeli dan mengambil alih aset (Sapura) tersebut.”

Eh… 𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐜𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐏𝐞𝐭𝐫𝐨𝐧𝐚𝐬 𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐚𝐥𝐢𝐡 𝐒𝐚𝐩𝐮𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐍𝐁 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐩𝐮𝐥𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧?

Adoi. PKR!!

Baca sendiri betapa gilernya cara mereka bangkang hanya sebab mereka mahu bangkang Najib.
https://www.suarakeadilan.my/…/pks-banyak-merana…UMNO ONLINE

Najib Razak

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.