Laporan Setiausaha Agung UMNO Perhimpunan Agung UMNO 2021

LAPORAN YB DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
SETIAUSAHA AGUNG UMNO
DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021
18 MAC 2021 (JUMAAT) | DEWAN MERDEKA, WTC, KL

Saudara dan Saudari Pengacara Majlis
“Bismillahir Rahmanir Rohim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.”
Tan Sri Datuk Paduka Haji Badruddin Amiruldin,
Pengerusi Tetap UMNO,
Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,
Presiden UMNO,
Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hasan,
Timbalan Presiden UMNO,
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia;
Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid,
Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin,
Naib-Naib Presiden UMNO,
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad,
Ketua Wanita,
Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki,
Ketua Pergerakan Pemuda,
Dato’ Zahida Zarikh Khan,
Ketua Pergerakan Puteri,

Dato’ Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor,
Bendahari,
Saudara Shahril Sufian Hamdan,
Ketua Penerangan
Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi dan Pengerusi-pengerusi Perhubungan,
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abd Razak,
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional,
Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong,
Presiden Malaysian Chinese Association (MCA),
Datuk Seri M. Saravanan,
Timbalan Presiden, Parti Malaysian Indian Congress (MIC)
Datuk Arthur Joseph Kurup,
Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS),
Presiden KIMMA, Parti Gabungan UMNO
Dif-dif Jemputan, Friends Of BN,
Presiden Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF);
Presiden Malaysian Indian United Party (MIUP);
Presiden Parti Makkal Sakti (MMSP);
Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM);
Presiden Parti Punjabi Malaysia;
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO,
Pengerusi Mubarak dan Veteran UMNO,
UMNO SISWA, Kelab UMNO Luar Negara dan Para media massa,

Sidang hadirin sekalian.

Pantang bukan sebarang pantang,
Pantang pertiwi dicabar jangan,
Datang bukan sebarang datang,
Datang ke sini demi perjuangan.


Selamat datang sidang hadirin sekalian ke Perhimpunan Agung UMNO 2021, Perhimpunan parti Melayu terbesar di negara Malaysia.

Tahniah dan terima kasih kepada jentera UMNO dan Barisan Nasional, kita menang besar di Pilihan Raya Negeri Melaka. Syabas Pengerusi Perhubungan YB Dato’ Sri Ab Rauf bin Yusoh dan Jawatankuasanya.

Terima kasih setingginya kepada rakyat dan pengundi Melaka yang memberi menang 21 daripada 28 kerusi iaitu sebanyak 75% atau kemenangan 3/4 .
Syukur, Alhamdulillah.

Tahniah dan terima kasih kepada jentera UMNO dan Barisan Nasional, kita menang hebat di Pilihan Raya Negeri Johor. Syabas Pengerusi Perhubungan, YB Datuk Seri Utama Hasni Mohammad dan Jawatankuasanya.

Terima kasih seterusnya kepada rakyat dan pengundi Johor yang memberi menang 40 daripada 56 kerusi DUN iaitu sebanyak 71% atau kemenangan lebih 2/3. Syukur, Alhamdulillah.
Rakan akrab BN iaitu GPS telah menang selesa dalam PRN Sarawak. Mereka menang 76 daripada 82 kerusi DUN atau 93%. Tahniah rakyat Sarawak.

Sokongan dan dokongan ahli UMNO akar umbi adalah kekuatan parti. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa jumlah ahli UMNO terkini ialah seramai 3,391,236 orang sementara bilangan cawangan UMNO berjumlah 22,274 cawangan di 191 Bahagian.

Ini menjadikan UMNO tetap kekal sebagai parti politik yang terbesar dengan bilangan ahli paling ramai di Malaysia.

Mengikut data pada 15 Mac 2022, bilangan ahli teramai diterajui oleh negeri:

i. Sabah, 594,631 ahli, diikuti
ii. Johor, 452,642 ahli
iii. Selangor, 426,109 ahli, dan
iv. Kedah, 300,564 ahli

Bahagian yang mencatat bilangan ahli tertinggi ialah:

i. Lahad Datu, 46,849 ahli diikuti
ii. Semporna, 40,849 ahli
iii. Libaran, 39,513 ahli
iv. Gombak, 38,437 ahli dan
v. Baling, 37,249 ahli

Radu tatap radu,
Radu sampai rata,
Jika UMNO padu,
Rakyat sokong kita.

Sidang Perwakilan,

Sebanyak 21 Duta dan Wakil Negara hadir ke Perhimpunan kali ini iaitu United Kingdom, China, Russia, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Jepun, Australia, India, Singapura, Qatar, Arab Saudi, Brazil, Brunei, Indonesia, Iran, New Zealand, Palestin, Pakistan, Vietnam dan Bangladesh. Terima kasih atas kehadiran mereka.

Kelab-kelab UMNO di seluruh dunia berjumlah 20 buah iaitu 8 buah di United Kingdom, 1 Ireland, 2 di Indonesia, 3 di Australia, 4 di New Zealand dan 2 di Mesir. UMNO masih mekar di seantero dunia. Sebahagian wakil mereka ada hadir di Dewan ini.

Tentunya juga hadir wakil-wakil UMNOSiswa daripada 18 IPTA dan IPTS serta UMNOSiswi daripada 12 IPTA yang mewakili pelajar daripada universiti awam di Malaysia.

Jumlah Perwakilan Keseluruhan UMNO adalah seperti berikut:-

Perwakilan Wanita Bahagian 954 orang
Perwakilan Pemuda Bahagian 966 orang
Perwakilan Puteri Bahagian 956 orang
Perwakilan Bahagian 2666 orang
Jumlah Perwakilan 5542 orang

Sidang hadirin yang dihormati,

Negara di landa banjir besar pada Disember, Januari dan Februari baru-baru ini. Semua jentera UMNO telah digerakkan untuk membantu rakyat yang terkesan di banyak tempat. Sukarelawan Ibu Pejabat UMNO, Skuad Sayang Wanita, Skuad Sabil Pemuda, Pergerakan Puteri, Biro Kebajikan UMNO dan Jawatankuasa Bantuan Banjir Barisan Nasional, semuanya telah menunjukkan keprihatinan yang sangat tinggi kepada rakyat mangsa banjir.

Ketika Palestin dilanda musibah, UMNO telah melancarkan Tabung Muafakat Palestin. Misi bantuan kemanusiaan Palestin telah pergi ke Mesir dan Jordan diketuai oleh Dato’ Seri Panglima Azeez bin Rahim.

Sepanjang tahun 2021, negara dilanda pandemik Covid-19. Seluruh jentera UMNO, yang mana Wanita diketuai oleh Dato’ Seri Dr Noraini, Pemuda diketuai oleh Dato’ Dr Asyraf Wajdi dan Puteri diketuai oleh Dato’ Zahida telah terlibat dalam memberi pelabagai jenis bantuan seperti bakul makanan, sanitasi ke rumah, sekolah, rumah ibadat, bangunan awam dan ziarah kasih tanpa mengira waktu dan tempat.

Jabatan Perkaderan dan Latihan Ibu Pejabat UMNO serta Jabatan Penyelidikan dan Strategik telah ditubuhkan. PRN Sabah, Melaka dan Johor telah menjadi medan latihan Pilihan Raya secara praktikal yang sangat bermanfaat kepada semua ahli UMNO yang terlibat dan 2 jabatan berkaitan.

Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) telah mengembalikan Pertandingan Pidato Piala Presiden. Seramai 400 orang peserta dari seluruh negara telah terlibat dan acara akhir diadakan di PWTC dengan kehadiran Presiden dan Timbalan Presiden.

PUMAS telah bekerjasama dengan mantap dengan BN Comms, Komunikasi BN dalam semua kempen PRN terutama menggunakan media sosial sejajar dengan kehendak generasi muda dan sebagai media pilihan utama masa kini.

Pada pagi ini, sempena ulangtahun ke-75, Jubli Intan UMNO, kita akan menganugerahkan Tokoh UMNO Peringkat Negeri. Seramai 13 Tokoh dinobatkan anugerah, atas jasa mereka kepada UMNO selama ini. Satu pembaharuan dalam Perhimpunan kali ini.

Firman Allah dalam Al-Quran yang sewajarnya mendasari perjuangan kita:-

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(Maksud surah Ali-Imran ayat 26)

Sidang Perwakilan,

Jika kita jatuh dan sememangnya kita telah jatuh pada PRU14, bangunlah dan bangkit kembali.

Jangan menangis teresak-esak bila jatuh seperti seorang anak kecil, namun kita mesti bangun dan terus bangkit seperti seorang anak jantan.

Semangat UMNO Bangkit yg dipelopori oleh Datuk Seri Presiden telah menghasilkan banyak kejayaan.

Sesungguhnya kita telah bangkit, bangun dan melawan seperti seorang pahlawan serta berjaya dalam 7 PRK iaitu di kawasan Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis, Chini dan Slim.

Pernah dituduh bahawa Presiden ini tiada hala tuju, namun Presiden inilah bersama Timbalan, Naib-naib dan kepimpinan yang lain telah mengembalikan kepimpinan UMNO menerajui negeri Perak, Melaka dan Johor. Negeri Sabah yang UMNOnya hampir terkubur telah bangkit dan kini ada 16 orang ADUN dan Timbalan Ketua Menteri , Dato’ Sri Bung Moktar.

Dalam Ucapan Penggulungan PAU 2018, di Dewan ini, Presiden menyebut bahawa sebelum PRU-15, UMNO mesti memimpin kerajaan Malaysia.
Firasatnya itu terbukti benar bila Naib Presiden, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021.

Bila selesai Perhimpunan ini, maka kita mesti bersiap siaga, demi ABATA;
Agama, Bangsa dan Tanah Air, bersedia untuk menghadapi peperangan politik Pilihan Raya Umum PRU-15. Jentera yang tersusun rapi dengan langkah yang berstrategi, InsyaAllah akan memberikan kita kemenangan.
Sidang hadirin sekalian,

Bandar Pontian, ada hikayat,
Kisah bersemi, cerita bersama, UMNO berjuang, untuk rakyat, Dulu kini, dan selama-lama.

Wanita, Pemuda, Putera, Puteri,
Bersamping songket, berkeris lama,
UMNO berjasa, di seluruh negeri Ayuh bangkit, berjuang bersama.

UMNO…Bangkit!!
Kestabilan…Kemakmuran!!
Menang…Barisan!!
Hidup…Rakyat!!

Maka dengan hormatnya saya mempersilakan Tan Sri Haji Badruddin bin Amiruldin, Pengerusi Tetap UMNO Malaysia untuk mengambil tempat bagi memulakan Persidangan.

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.