Kelulusan Pengeluaran KWSP Antara Perjuangan Konsisten UMNO – Wakil Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Langkah membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini adalah antara perjuangan konsisten pemimpin UMNO.  

Pembahas Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah berkata ianya adalah perjungan daripada parti berkenaan yang tidak putus-putus membuat gesaan agar diluluskan oleh kerajaan.

“Ini adalah perjuangan dari kepimpinan UMNO yang antaranya dari Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan tidak ketinggalan juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang konsisten.

“Sampai ada orang kita cakap dalam Parlimen sebab apa lagi kena minta RM10,000 KWSP? Adakah ini tanda tidak hormat pada Perdana Menteri… tidak… ini bukan cerita tak hormat kepada PM… ini cerita kehendak pada rakyat.

“Jadi apabila kehendak pada rakyat kita kena beritahu. Perdana Menteri adalah orang kita bukan tujuan kita tidak menghormati Perdana Menteri, tapi Alhamdulillah… akhirnya Perdana Menteri umum lulus RM10,000. Terima kasih PM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di sini, hari ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.