Rakyat Beri Isyarat Mahu Parti Yang Stabil, Demi Masa Depan – Noraina Safura

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Pembahas Wanita UMNO dari Pulau Pinang, Noraina Safura Mohamed berpandangan rakyat pada masa ini sudah memberi signal bahawa mereka sudah muak dengan perbalahan politik seperti yang terjadi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Katanya, ini juga menandakan bahawa parti keramat UMNO yang menaungi Barisan Nasional (BN) menggalas suatu amanah yang besar bagi mengembalikan semula keharmonian tersebut.

“Rakyat telah memberi isyarat yang sangat jelas bahawa negara ini memerlukan sebuah parti yang stabil demi masa depan dan kemakmuran bersama.

“Ini adalah realistik sekarang dan UMNO BN sudah dilihat untuk memikul semula tanggungjawab yang lebih besar, lebih bermoral, lebih bermaruah dan lebih membela kepada kepentingan rakyat, agama dan bangsa serta negara,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Kawan berkata demikian sebagai pembahas pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini.

Tanpa melupakan kejayaan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, beliau merakamkan penghargaan kepada jentera Wanita yang menjadi tukang belakang parti memastikan BN memperoleh kemenangan bergaya.

Katanya, kepenatan dan pengorbanan Wanita adalah berbaloi kerana pengundi di kedua-dua negeri ini telah membuat keputusan yang bijak kerana telah memilih BN.

“Tidak kena kalau saya tidak ucapkan sekalung tahniah kepada semua jentera BN terutamanya jentera Wanita yang turun dari setiap pelusuk negeri membantu BN Johor dan Melaka pada PRN yang lepas.

“Penat lelah Wanita tinggai suami, tinggal anak selama dua minggu hilang dek kerana kemenangan yang besar. Terima Kasih pengundi Johor kerana percayakan kami BN,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Sa’adah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.