Puteri UMNO Turun Padang, Simpati Penduduk Kuala Nerus, Kuala Terengganu Putus Bekalan Air

KUALA TERENGGANU, 4 Sept – Puteri UMNO menzahirkan rasa simpati kepada penduduk di Kuala Nerus dan sebahagian Kuala Terengganu apabila terputus bekalan air sejak 2 Ogos lalu.

Dalam hal ini, Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berharap para penduduk akan bersabar dalam menghadapi isu terbabit.

Terdahulu, beliau bersama-sama Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah melancarkan misi Bantuan Penghantaran Air Bersih di Kuala Nerus.

“Alhamdulillah, atas inisiatif dan kerjasama baik dengan Ranhill Utilities Berhad, bermula pagi semalam (Jumaat) kami sudah pun agihkan bekalan air bersih lebih 5 tanker kepada lebih 600 penduduk terjejas.

“Dikhabarkan masalah bekalan air ini akan berlarutan hingga akhir September. Diharap penduduk bersabar dan isu air ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Kami juga sampaikan bantuan tunai dan bekalan makanan barang keperluan dapur seperti beras, tepung, gula, bihun dan banyak lagi,” katanya menerusi laman facebooknya.

Maklumnya, pagi ini akan menyambung agihkan bekalan air di Taman Perumahan Wakaf Tembesu pula.

“Semoga usaha kecil kami ini dapat membantu kurangkan beban mereka terlibat,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau mengucapkan tahniah kepada Ketua Puteri Terengganu dan Ketua Puteri Kuala Nerus yang sentiasa membantu penduduk di sini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.