Saiful Yazan Perkukuh Khidmat Bakti, Terus Santuni Rakyat Johol

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri Johol, Datul Saiful Yazan Sulaiman meneruskan khidmat bakti beliau menerusi pelbagai aktiviti kebajikan dan ziarah kasih di kawasan.

Terbaharu, beliau yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Pilah meluangkan masa mengunjungi sebuah keluarga di Kampung Geduhom bagi menyampaikan ucapan takziah atas pemergian insan tersayang.

“Menziarahi keluarga Tok Amir di Kampung Geduhom bagi menyampaikan ucapan takziah atas pemergian isteri beliau, Almarhumah Maimunah binti Abd Hamid.

“Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan insan tersayang. Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, Saiful Yazan pada perkongsian berbeza turut berkongsi komitmen untuk memperkasa kemahiran masyarakat setempat menerusi pelbagai program pembangunan komuniti.

“Menyantuni jemputan merasmikan Program Bengkel Pembangunan Kemahiran Komuniti Kampung.

“Program ini melibatkan seni kraf tradisi, gubahan moden dan teknologi baja organik bersama JPKKOA Tering, Air Rengas, Senibai dan Simpang Tering, DUN Johol.

“Semoga program ini memberi manfaat dalam meningkatkan kemahiran, mencungkil kreativiti serta membuka peluang menjana pendapatan kepada komuniti setempat,” ujar beliau. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO