Naratif UMNO Lebih Pentingkan Politik Ketika Pandemik Tersasar – Shahrir

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Ada juga yang cuba membawa naratif kononnya UMNO lebih mementingkan politik dari rakyat semasa wabak COVID-19 melanda negara.

Sebenarnya, bagi UMNO, daripada dulu lagi, politik itu ialah politik rakyat. Begitu juga, ekonomi itu ialah ekonomi rakyat, demikian menurut Ketua UMNO Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

Menerusi Facebooknya, beliau secara sinis mengajak mereka yang membuat naratif berkenaan untuk.melihat secara dekat apa yang telah dilaksanakan UMNO seluruh negara termasuklah di Johor Bahru sendiri.

Beliau seterusnya menjelaskan sepanjang masa wabak COVID-19, pemimpin dan ahli UMNO di peringkat komuniti mengerakkan berbagai usaha dipelbagai peringkat.

“Antaranya penyampaian bantuan kepada yang terkesan, membantu pendaftaran mySejahtera bagi yang tidak faham, dan menyediakan pengangkutan ke pusat vaksinasi untuk mereka yang tidak ada kenderaan sendiri,” katanya.

Tegas beliau inilah kewajipan kerana UMNO berada di akar umbi dan di tengah-tengah masyarakat.

“Takkanlah kita nak berpaling pula dari mereka yang benar-benar perlukan pertolongan.Kami bukan UMNO kalau tidak membantu.

“Gambar-gambar yang disertakan adalah bagi kegiatan di parlimen Johor Bahru sahaja. Lagi banyak kegiatan yang sama oleh bahagian-bahagian UMNO yang lain di kawasan parlimen masing-masing.

“Jadi, bila nak mengata UMNO, tengok-tengok juga akan akar umbi parti yang sentiasa bersama masyarakat setempat,” tambahnya.- UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.