Video Kanak-kanak OKU Melakukan Ibadah Solat Amat Menyentuh Hati – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan perasaan tersentuh hati beliau menonton video menerusi applikasi TikTok yang memaparkan seorang kanak-kanak orang kurang upaya melakukan ibadah solat.

Menurut beliau, video tersebut menginsafkan beliau malah mengingatkan bahawa tuntutan solat sebagai tiang agama.

“Saya tidak pasti bila dan di mana rakaman video ini dibuat. Rakaman video ini saya tonton melalui aplikasi Tik Tok.

“Ya TikTok. Saya mempunyai akaun https://vt.tiktok.com/ZSWMY9uu/. Tetapi yang pasti ini rakaman yang amat menyentuh perasaan. Saya percaya rakaman ini real, bukan dirancang diada-adakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beruntunglah umat Islam yang sentiasa mengingati Allah dan mengerjakan solat.

“Dalam video ini anak ini solat di atas kehendak dirinya. Di atas kesedaran kewajipan menunaikan perintah Allah.

“Hati berasa begitu terharu dan nyaman menonton video anak yang mulia ini,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.