Boleh Sahaja Luluskan Bantuan Kepada Rakyat Tanpa Tunggu Persidangan Parlimen – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi meluahkan harapan agar kerajaan lebih cakna dengan keperitan rakyat ketika ini kesan daripada  pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerajaan boleh sahaja meluluskan bantuan kepada rakyat tanpa menunggu persidangan Parlimen.

“Luluskan sahaja bantuan tunai tambahan, moratorium automatik secara pukal tanpa caj tambahan, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan diskaun bil-bil utiliti sepanjang rakyat dikurung waktu PKP ini.

“Rakyat amat tertekan ketika ini! Tak boleh bekerja, pendapatan tiada, sewa terpaksa dibayar, ansuran bulanan kena bayar, terkurung di rumah bil-bil mencanak naik,” tegas beliau menerusi hantaran di Facebook. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.