Pelan Pemulihan Ekonomi: Perniagaan Tidak Mampu Bertahan, Hutang Semakin Meningkat – Azhari Shaari

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Strategi Pelan Pemulihan Negara yang mengandungi empat fasa dengan sekarang ini adalah fasa pertama iaitu sasaran untuk purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes dan fasa kedua akan bermula Julai dengan aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80% di premis.

Namun demikian, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari menjangkakan Fasa dua tidak akan dapat dibuat pada bulan Julai ekoran lebih ramai PKS terpaksa tutup perniagaan kerana kebanyakkannya sudah tidak mampu lagi bertahan.

“Malah hutang mereka semakin hari semakin bertambah dan ini akan menyebabkan lebih ramai yang akan diberhentikan kerja,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian merujuk kepada Pelan Pemulihan Negara 2021 yang yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun 2021.

Jelasnya, beliau lihat kes semalam masih lagi mencatat sebanyak 5,738 kes dan telah muncul sebanyak 25 kluster baharu dengan 20 darinya adalah dari tempat kerja.

“Jika pihak Kerajaan betul-betul melaksanakan ‘total lockdown’ pada 1 Jun dan semua industri bekerjasama maka tiada satu pun yang dibuka selama 14 hari serta pihak Kerajaan dapat meningkatkan lagi pemberian vaksin.

“Saya yakin jumlah kes akan dapat turun dan ekonomi dapat dipulihkan segera. Saya amat susah hati jika jangkaan saya tepat dimana fasa dua tidak dapat berlaku pada 1 Julai 2021.

“Tidak banyak saya dapat bantu di peringkat parlimen Shah Alam disebabkan kapasiti saya terhad. Akan tetapi saya akan cuba bantu penduduk Shah Alam sedaya upaya saya… Insha-Allah,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.