‘Total Lockdown’… Terima Kasih Dengar Suara Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana mendengar suara rakyat berhubung kebimbangan peningkatan angka jangkitan COVID-19.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian berikutan pengumuman Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau total lockdown sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini.

“Terima kasih dengar suara rakyat. Total/full lockdown. Saya turut cadang tiga hari lalu, semalam dan hari ini, Susah dahulu senang kemudian.

“Berilah bantuan tunai kepada B40, moratorium bank dan sewa kepada M40 PKS, IKS, daftar vaksin secara automatik. Segerakan vaksinasi,” katanya dalam ciapan menerusi Twitternya, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Maslan adalah adalah antara pemimpin yang menyuarakan agar kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ sebagai langkah bagi menurunkan angka jangkitan COVID-19 yang saban hari makin meningkat.

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau total lockdown sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini.

Dilaporkan, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini menjelaskan bahawa bermula 1 Jun semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan MKN.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.