Komitmen UMNO Bersama Rakyat Palestin… Ikrar Terus Bantu Perjuangan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Mei – UMNO sekali lagi meluahkan pendirian untuk terus menyokong dan membantu rakyat Palestin membangunkan negara mereka, terutama pasca serangan Israel di Gaza, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Komitmen itu ditunjukkan beliau apabila Ahmad Zahid berkesempatan menghubungi pemimpin kanan Hamas bagi mendapatkan perkembangan terbaharu situasi di sana.

“Saya telah mengubungi Pengerusi Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh melalui panggilan video.

“Saya juga menyatakan komitmen UMNO dan rakyat Malaysia dalam membantu membangunkan Gaza dan membebaskan Palestin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tambah Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu lagi, UMNO akan terus mengeratkan kerjasama dengan Hamas bagi meneruskan perjuangan rakyat Palestin yang sekian lama ditindas oleh rejim Zionis.

“Hubungan antara UMNO-Hamas akan terus diperkukuhkan dan isu Palestin sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia, insya-Allah,” tegas beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.