Kenapa Menteri PPBM Lepas Tangan, Tidak Serius Bantu Selesai COVID-19?

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Semalam dilaporkan bahawa kes baharu COVID-19 di Malaysia terus melonjak kepada 7,478 kes dalam tempoh 24 jam, yang merekodkan angka tertinggi sejak pandemik itu dikesan di negara ini pada Januari tahun lepas.

Dalam urusan membabitkan COVID-19, pihak yang dipertanggungjawabkan lebih tertumpu kepada Menteri Pertahanan, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang secara kebetulan semuanya adalah dari Barisan Nasional (BN)/UMNO sedangkan sewajarnya ia melibatkan barisan menteri kabinet secara holistik kerana melibatkan nyawa dan keselamatan rakyat.

Namun persoalannya, kemana menteri-menteri lain dan kenapa mereka tidak melibatkan diri secara langsung atau serius membantu menangani usaha memutuskan rantaian COVID-19.

Dalam hal ini Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii telah senaraikan kenapa menteri-menteri PPBM lepas tangan dan tidak berfungsi membantu secara serius menyesaikan COVID-19. Ia adalah kerana:

ISU SATU- PENDAFTARAN VAKSINASI RENDAH

Malaysia ada banyak ketua kampung dan pemimpin masyarakat dibawah KKLW, Dr Latip, kenapa tak arahkan ketua kampung… kenapa tak turun pandang setiap negeri jumpa pemimpin-pemimpin ni suruh bantu daftarkan, setiap pelusuk kampung ada wakil, kenapa Kelantan 10k lebih tidak hadir ambil vaksin, kenapa bertindak pentingkan Projek-projek dari melihat kepentingan menyelesaikan dengan membantu register rakyat untuk Program Vaksinasi!

ISU DUA – KLUSTER GENTING HIGHLAND

Isu Pelancongan, kenapa Menteri MOTAC lepas tangan bila ada Kluster Pelancongan? Kenapa tak turun padang buat kerja, tengok perlaksanaan Gelembung Pelancongan secara dekat, pantau semuanya, tapi peluk tubuh, Genting Highlands, kes tinggi, tanggungjawab siapa, bukankah ini dibawah Kementerian Pelancungan!

ISU TIGA – EKONOMI RANAP

MITI di bawah Azmin Ali, kenapa diam walaupun permit perniagaan diberi oleh beliau, ada banyak industri kilang-kilang menyebarkan Covid, kenapa tak turun sendiri melihat keadaan ! Apabila Pergi Arab Saudi, mana duit bawa masuk negara? Kenapa pentingkan gambar Sapu dari tanggungjawab membawa pelaburan ke dalam Negara !!

ISU KEEMPAT – PROGRAM KEBAJIKAN RAKYAT MANA

YB Rina, bawa juru solek dalam Pejabat, ini ke waktu selesaikan krisis? Rakyat sedang dahagakan bantuan, rakyat susah, logik akal ke ada menteri sibuk bersolek dari menyelami masalah kesusahan rakyat!

Kementerian ini juga punyai rangkaian yang besar untuk membantu Pendaftaran Vaksinasi, kenapa tidak membantu ?

ISU KELIMA – NGO KPKT SIBUK ATUR PROGRAM BUAT PROGRAM POLITIK

KPKT dibawah Zuraidah, melantik NGO Pengerak Negara, kenapa tidak fokus membantu isu asas Covid, dari buat program Politik membantu PN, kenapa tidak melihat setiap sen yang dibelanjakan oleh NGO ini membantu register Vaksinasi!

Mana lebih penting dalam waktu Darurat ini? Program Politik ataupun program Vaksinasi!

ISU KEENAM – LAPTOP OH LAPTOP

Menteri Pendidikan sampai sekarang masih belum selesaikan isu laptop untuk murid-murid, yang dia sibuk adalah buat kerja2 kebajikan di Putrajaya, hantar beras, pek makanan, pek makan berbuka puasa, masalah murid-murkd sekolah tidak selesai, sampai kan kluster sekolah meningkat!

ISU KETUJUH- DOUBLE STANDARD SOP

Menteri KDN, Hamzah yang jaga PDRM tak boleh pastikan SOP tidak kuatkuasa secara strategik & berkesan. Banyak sangat cluster kayangan yang langgar tapi tindakan diambil dan jadi bahan lawak rakyat. Perdana Menteri sendiri yang tak memakai pelitup muka, macam tak rasa bersalah tetapi jika yang salah rakyat marhein, berpuluh ribu dikompaun malah anak dan ibu angota Polis yang ambil peluang melawat ayahnya bekerja untuk sedikit waktu pun di kompaun.

DAP menuduh Kerajaan “penjenayah” dibiarkan begitu sahaja, sepatutnya terus tangkap dan lockup apabila mendapat tahu bahawa mereka ini menipu dalam sidang media.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Tan Sri Muhyddin sepatutnya bertindak sebagai Ketua Negara yang mengarahkan setiap Kementerian berganding bahu di dalam menyelesaikan krisis ini, setiap Kementerian mesti diarahkan memberi fokus kepada Krisis Covid, duit Negara semakin habis, budget pembangunan telah habis di edarkan, apa gunanya Projek-projek diagihkan sekarang sedangkan Covid tidak selesai!

Dalam waktu krisis ini, semua kena berganding bahu, bukan bekerja secara silo, ini soal nyawa rakyat, kesian Frontliner kita, kasihanilah Rakyat yang sedang bergelumang dengan kehidupan yang sukar ini. Hentikanlah aktiviti Politik PN, setiap sen duit rakyat harus digunakan untuk selesaikan Krisis Covid 19.

Negara akan menerima jumlah Vaksin dalam kadar yang lebih besar bulan depan, selesaikan dan selaraskanlah semua agensi untuk membantu bagi penyelesaian Covid-19 ini Once For All.

Rakyat kita bukan maju seperti difikirkan oleh Menteri Komunikasi! Rakyat kita masih bergantung harap dengan kaedah Coventional, melalui Pemimpin Masyarakat, melalui kaedah bersemuka sekiranya di kampung-kampung.

Ini bukan isu mahu menunding jari mencari ataupun sebgaja mencari kesalahan, ini adalah isu kelemahan yang perlu atasi dalam tindakan untuk selesaikan masalah Covid ini.

Tolonglah Perdana Menteri, masa mencemburui kita, rakyat makin ramai mati. Wallahualam. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.