COVID-19: Total Lockdown… Biar Susah Dahulu, Senang Kemudian – Ahmad Maslan

JOHOR BAHRU, 27 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberikan sepuluh cadangan dalam usaha menangani COVID-19 dengan perkara pertama ialah total lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dalam jangka dua hingga tiga minggu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian dalam sidang secara online bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad hari ini.

Katanya, mengenai COVID-19 biar susah dahulu, senang kemudian dan jika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen dibuka adalah lebih baik.

“Jika bukan untuk semua isu, tentang COVID sahaja pun boleh walau ketika darurat,” katanya yang kemudian dikongsi bersama warga maya menerusi ciapan di Twitternya.

Selain dari total lockdown, beliau juga mencadangkan agar beri bantuan tunai kepada yang terjejas.

Berikut adalah sepuluh cadangan yang diutarakan.

1. Total lockdown, PKP penuh 2-3 minggu untukt Johor
2. Beri bantuan tunai kepada yang terjejas ketika lockdown itu terutama B40
3. Johor beli vaksin sendiri
4. Bina Pusat RnD vaksin di UTM untuk proaktif hadapi penyakit-penyakit
5. Pendaftaran vaksin automatik dengan data JPN
6. Moratorium pinjaman, sewa dan lain-lain untuk B40, M40
7. Mass testing diteruskan, asing segera
8. PdPR beri gajet untuk anak-anak B40
9. Senarai kes setiap hari di kampung-kampung, taman-taman sebar supaya rakyat tahu
10. Buka sidang Parlimen dan sidang DUN – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.